'Santai Tapi Sampai'

16 November 2023

Banyaknya khasiat buah avokado.

Avokado atau nama saintifiknya Persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit termasuklah masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.

Untuk pengetahuan korang, avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae, yang mana ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. 

Banyaknya khasiat buah avokado.
Banyaknya khasiat buah avokado. Kredit Google. 

Daun pokok avokado pulak mempunyai hujung yang runcing. Buah avokado mengandungi asid oleik iaitu sejenis lemak tak tepu tunggal yang jika dimakan bukan sahaja mampu mengurangkan kolesterol tak baik, tapi mampu meningkatkan kolesterol baik. Pengambilan avokado secara kerap dipercayai mampu merendahkan tekanan darah kerana adanya kandungan potassium yang tinggi di dalamnya.  

Antara khasiat avokado adalah seperti berikut;

1. Mengawal tekanan darah.

Avokado merupakan sumber besar kalium yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2. Meningkatkan kesihatan mata.

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, di mana ia dapat membantu melindungi mata daripada katarak.

3. Melindungi daripada kanser.

Banyak kajian telah menunjukkan avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4. Masalah nafas berbau.

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi sekaligus bertindak melawan daripada nafas berbau, sebab ia berfungsi membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5. Ciri-ciri anti penuaan.

Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

Banyaknya khasiat buah avokado.
Banyaknya khasiat buah avokado. Kredit Google. 

6. Penjagaan kulit.

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik sebab kemampuannya menyuburkan kulit dan membuat kulit jadi  bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit atau radang. 

7. Berat badan.

Korang tau tak, avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Disebabkan ia tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat, tak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.

8. Mengekalkan kesihatan jantung.

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine​​. Tahap homocysteine ​​ni sering dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation dan lemak monotaktepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

9. Vitamin E.

Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E iaitu vitamin penting yang melindungi kita daripada penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.

10. Mengandungi banyak vitamin.

Mengandungi vitamin A, B termasuk B6, niacin dan riboflavin serta vitamin C dan vitamin E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tak mengandungi kolesterol dan sodium.

Wah, menarik kan? 

2 comments: