Kenapa si mati lebih memilih untuk bersedekah seandainya dia dikembalikan ke dunia?

Kenapa si mati lebih memilih untuk bersedekah seandainya dia dikembalikan ke dunia?
Kenapa si mati lebih memilih untuk bersedekah seandainya dia dikembalikan ke dunia?

Sebagaimana firman Allah, "Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah." - Surah Al Munafiqun ayat 10.

Sedangkan dia tidak pun berkata, "Supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya." Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

"Bersedekahlah, sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah."

Nak tau apakah faedah bersedekah?

  1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga.
  2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.
  3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.
  4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur.
  5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah).
  6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
  7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat.
  8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat).
  9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan.
  10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya.
  11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
  12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi).
  13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.
  14. Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
  15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
  16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.
  17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
  18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.
  19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan.
  20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.
  21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.
  22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.

Moga bermanfaat.

Kredit : Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

2 comments:

  1. Yess, teruskan bersedekah Dan berbuat kebaikan..Banyak manfaatnya Kelak tuk Dunia akhirat kita

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews