Memang tak dinafikan time raya terlalu meriah dengan menu-menu yang sedap memang rugi tak makan kan? Kalau cuba nak skip pun, confirm terliuq orang sebelah makan kan. Huarggghh, tak boleh tahan. Kita pun terjebak samalah kan dalam dalam melantak tu alahh lepas raya aku diet balik la kan. Hihi. Betul tak?
So apa kata pada korang yang berhasrat untuk mulakan diet balik cuba tip ni mana tau boleh membantu korang kan. Jom baca sampai habis.
Macam mana nak amalkan kembali diet sihat selepas raya? Mungkin tip ni boleh membantu. Kredit image Google. |
1. Pilih makanan bernutrisi.
Korang pilihlah snek yang kaya dengan sumber protein, serat dan lemak sihat sebab ketiganya memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan. So, ia mampu kawal sebarang lonjakan gula dalam darah dan ini akan menimbulkan rasa kenyang dengan lebih lama. Banyak je sumber protein yang korang boleh ambil contohnya dari daging, seafood, keju, kekacang, kacang dan soya. Serat pulak korang boleh ambil dari bijiran penuh, sayuran, buahan dan kekacang. Lemak pulak adalah dari avakado, minyak zaitun dan minyak tumbuhan lain, kacang dan ikan berlemak.
2. Amalkan makan secara perlahan.
Sebenarnya sebahagian besar selera makan kita dan pengambilan kalori dipengaruhi oleh hormon badan kita. Selepas kita makan, hormon ghrelin akan dirembes untuk mengawal rasa lapar seterusnya menghasilkan hormon kenyang. So, kunyahlah secara perlahan untuk bantu otak faham bahawa badan dah terima nutrien yang diperlukan.
3. Pilih satu hari untuk cheatday.
Boleh je kalau korang nak cheatday seminggu sekali kan. Tak salah pun nak menikmati makanan yang sedap sedap kan, bahkan cheat day seminggu sekali mampu tingkatkan metabolisme sekaligus bantu bakar kalori dengan lebih cepat. Lagipun, ia jugak akan bamtu tingkatkan tahap leptin iaitu hormon yang dirembes oleh sel sel lemak untuk kekalkan keseimbangan tenaga dalam badan. Syaratnya, korang mesti diet secara berdisplin enam hari lagi tu. Boleh tak?
4. Sediakan diari pemakanan.
Ada kajian mengatakan mereka yang menyimpan rekod makanan harian mengalami penurunan berat badan 2 kali ganda compare dengan golongan yang tak simpan rekod. Katanya amalan ni boleh bantu korang faham tabiat dan corak pemakanan dengan kenal pasti tahap khasiat menu yang diambil sepanjang hari. Antara perkara yang diberi perhatian adalah menu dijamah secara terperinci, portion, masa makan dan aktiviti yang dilakukan selepas makan.
Selepas melengkapkan jurnal makanan selama seminggu, cuba trace sebarang trend, corak atau tabiat pemakanan tersebut. Then, lakukan diet ikut langkah SMART iaitu kenalpasti masalah secara spesifik dan penyelesaian yang boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan masa sesuai.
Untuk lebih detail korang kenalah refer pada yang lebih arif ye seperti pakar diet bertauliah.
5. Minum segelas air sebelum menikmati hidangan.
Yang ni cikla selalu dengar orang kata. Minum air kosong sebelum makan boleh bantu kawal selera makan dan mencegah diri dari makan berlebihan sekaligus menggalakkan penurunan berat badan. Minuman yang diambil sebelum atau semasa makan boleh lancarkan penghadaman seterusnya membawa kepada penghadaman optimum dan menimbulkan rasa kenyang. Tapi, korang kena elakkan pengambilan minuman seperti mocktail, soda, jus dan teh boba yang berpotensi menggugat matlamat diet korang.
Selamat berdiet.
Kredit : Ruangan k² akhbar Kosmo!
0 comments: