Bunga, Aku Tunggu : Drama bergenre saspens psikologi yang korang wajib tengok.

Dah lama tak layan drama samarinda ni. Bukan apa rasa macam jalan citer lebih kurang sama jer. Haha. Macam buhsan je la pulak. Tapi, drama yang ni macam lain je pulak jalan citernye. Pelakon pun cikla agak sukalah tengok dorang ni berlakon, so malam tadi terlayan la  setengah jalan drama tu. Dah episod 4 pun.  Tengok tengok macam best pulak. Terus gugel sinopsis. Wow, drama genre saspens psikologi weh. I like.

Drama ni 13 episod semuanya. Malam nanti baru nak episod 5. So ni cikla share sinopsis dia. 

Bunga, Aku Tunggu.

Episod: 13.
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10 malam.
Penulis Skrip: Adza Emie.
Pengarah: Along Kamaludin.

Watak Pelakon :
Beto Kusyairy sebagai Kamal Iman.
Nelydia Senrose sebagai Bunga.
Atiq Azman sebagai Arjuna.

Bunga, Aku Tunggu : Drama bergenre saspens psikologi yang korang wajib tengok.
Bunga, Aku Tunggu : Drama bergenre saspens psikologi yang korang wajib tengok. Kredit gambar iluminasi.com

Sinopsis:


Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja. Kamal juga seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga (Nelydia Senrose). 

Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka. 

Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara. 

Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi. 

Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan dia  sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga. 

Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka?

Uishh, macam tak sabar pulak nak tengok ending dia. Memang banyak saspens weh. Semakin bertambah episod semakin mendebarkan. Ahh gitu. 

Okey la, jom layan. Tata!

Kredit info : SINI

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews