Resepi tauhu berlauk mudah. Sesuai untuk anak-anak yang kurang makan nasi.

Anak-anak ni kan ada kalanya nak suruh makan terutama nasi ke memang payah yakmat. Diaorang ni style suka makan 'runcit-runcit'. Haha, maknanya itu sikit ini sikit. Macam anak cikla, masa kecik dorang ni susah nak makan nasi. makan mee ke bihun tu pun nasib je la kalau selera dorang time tu nak. Kalau tak memang takde pun. Lagi-lagi time menyusu badan. So, cikla rasa resepi ni sesuai untuk anak-anak yang camni. Paling tak pun dorang masih boleh dapat zat seperti protein kan untuk tumbesaran dorang. Okey, jom tengok resepinya dulu. 

Kredit kepada pemilik resepi asal berserta gambarnya. Mintak halal ya. Jom tengok bahan-bahannya.

Resepi tauhu berlauk mudah. Sesuai untuk anak-anak yang kurang makan nasi.
Resepi tauhu berlauk mudah. Sesuai untuk anak-anak yang kurang makan nasi. Kredit gambar pemilik asal.

Resepi tauhu  berlauk.

Bahan-bahan:
2 ketul isi ayam.
3 keping tauhu petak.
4 ketul tauhu telur.
3 biji telur.
Bawang holland.
Lobak. 
Daun sup.
1 kiub ayam.
Sebuk lada hitam (optional)

Cara-caranya:

1  Blend tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur sampai sebati dan semua hancur halus.

2. Masukkan dalam bekas. Campurkan sekali dengan lobak, bawang Holland dan daun sup yang dicincang halus.

3. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan 1 ketul kiub ayam. Kalau ada lada sulah, boleh bubuh. Then, korang kukus dulu. Nanti telur tu jadi keras skit. So boleh simpan dalam bekas. Nak makan baru goreng celup telur.

Tauhu berlauk ni memang sedap gila kalau makan dengan SAMBAL KICAP. Mabeless. Hihi. Jom baca camne nak buat sambal kicap pulak. 

Resepi sambal kicap.

Bahan-bahannya:

5-10 tangkai cili padi.
5 ulas bawang putih.
1 sudu gula pasir.
Garam.
Perasa - Ajinomoto/cukup rasa (kalau suka).
Kicap manis.
Sedikit jus limau.

Cara-caranya:

1. Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati.

2. Masukkan gula dan garam. Tumbuk lagi. Pastu keluar masukkan dalam mangkuk. Masukkan kicap dan perahkan jus limau.

Siap! Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews