Kebahagiaan jangan ditunjuk-tunjuk.

Setiap orang mesti dambakan kebahagiaan dalam hidupnya. Namun, ada yang kata kebahagiaan tak perlu ditunjuk dan ditayang-tayang. Hakikatnya, di setiap kebahagiaan itu ada ujiannya. Kebahagiaan yang bangga ditunjukkan, jangan di sangka Allah tak akan beri ujian demi ujian. Kita lupa di dunia, Allah tak penat menguji. Ramai yang akan mentertawakan kita bila kita jatuh tersungkur bila diuji. Allahu. 

Di luar sana ada macam-macam jenis manusia. Ada yang tumpang gembira dan pasti ada jugak yang cemburu. Ada yang sakit hati dan tentunya ada yang meluat serta benci. Ingat, ramai yang suka kita dan ramai jugak yang tak suka kita. Yang sedang merancang kebahagiaan itu jangan nak menunjuk di mata orang lain, takut ada yang merancang untuk menjatuhkan kebahagiaan kita pula nanti. 

Kebahagiaan jangan ditunjuk-tunjuk.
Kebahagiaan jangan ditunjuk-tunjuk. Kredit image Google.

Kebahagiaan itu selalunya di rasa tanpa suara. Jika kita terpaksa menjerit untuk memberitahu orang lain yang kita bahagia, sebenarnya kita belum bahagia lagi. Bahagia sebenar benar ialah bahagia di Akhirat sana. Bahagia yang di rasai sekarang fana dan sementara. Hanya orang beriman rasa bahagia bila diuji.

Moga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita dan kita selalu menjadi orang yang bahagia. Aamiin.

Credit: Makanan sedap johor

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews