9 petua mudah yang korang kena tahu.

Orang lama memang kaya dengan petua-petua. Walaupun ada sesetengah petua yang kedengaran macam tak masuk akal, tapi bila kita buat ehh ehh menjadi pulak ye. So, apa kata korang baca dan cuba petua petua ni pulak mana tau inilah penyelesaian kepada 'masalah' yang lama korang hadapi. 

9 petua mudah yang korang kena tahu.
9 petua mudah yang korang kena tahu. Gambar kredit Canva.com

1. Rupanya si semut ni benci timun. So, kalau korang nak halau dia, korang letakkan je kulit timun dekat dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut. InshaAllah dorang chow dari situ.

2. Untuk kilatkan cermin, cuci dengan minuman Sprite. Mungkin sebab sprite ni dibuat dari lemon, kira logik gak kan. 

3. Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam. Ohhh, yang ni memang baru tau. Kalau tak jenuh menggonyoh, huhu.

4. Untuk putihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit. Wow, yang ni boleh try dekat baju sekolah budak-budak ni. Baju sekolah dorang, ya Allah fengsan tengok. Puas gak di clorox tak putih pun. Huhu.

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

6. Untuk banyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

7. Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak. Haaa, roti yang expired tu jangan dibuang. Ada gunanya tau. 

8. Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

9.  Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ. Hurmm, berkesan agaknya ehh? Boleh try gak ni. 

Selamat mencuba!

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews