Rahsia minuman selepas period, mantapkan dalaman wanita.

Orang tua dulu-dulu selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga. Betul tak? Kata mereka, kalau mahu mantapkan dalaman, tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid. 

Sebenarnya, tak perlu beli pun kerana minuman ini kita boleh je buat sendiri. Nak buatnya pun cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tak boleh dipertikaikan. Sebab keberkesanannya itu jugalah jamu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Korang yang kaki minum jamu memang patut cuba. Apa yang penting fresh dan semulajadi gitu. Jom tengok bahan-bahannya.

Rahsia minuman selepas period, mantapkan dalaman wanita.
Rahsia minuman selepas period, mantapkan dalaman wanita.

Bahan-bahan :

1 ketul halia (anggaran besar ibu jari)
1 ketul kunyit (anggaran besar ibu jari)
2 batang serai (dua batang )
2 helai daun pandan (2 helai)
Gula batu atau madu (ikut cita rasa)
3 cawan air

Cara buat :

1. Basuh halia, kunyit, serai, daun pandan dan masukkan dalam periuk. Boleh dihiris jika suka. Masukkan sekali gula batu/madu.
2. Masukkan tiga cawan air. Biarkan ia mereneh sampai jadi satu cawan air.
3. Selepas air dianggar satu cawan tutup api dan biarkan suam sebelum diminum.

Tambahan : 

1. Bagi isteri yang mahu merapatkan bahagian intim boleh tambahkan satu biji manjakani (tak sesuai untuk yang belum berkahwin).

2. Bagi yang menghadapi masalah keputihan tambahkan dua helai daun sirih. Amalkan air ini sebulan sekali saja (ibu hamil tak sesuai).

3. Rasanya tak pahit malah wangi. Namun jika ditambah manjakani ia akan jadi pahit. Tapi, pahit tu kan ubat. 

4. Bagi wanita yang mengalami haid tak teratur jugak boleh cuba jamu ini tapi pastikan sebulan sekali saja sebab penggunaan manjakani, sirih kunyit yang berlebihan akan boleh menyebabkan cepat putus haid. Dah tentu kita tak mahu kan.

Khasiat minuman ini :

1. Membersihkan rahim selepas haid.
2. Mengeluarkan angin dalam tubuh.
3. Memecahkan lemak-lemak di perut.
4. Mengurangkan masalah bau badan.

Dah tahu cara buat jamu sendiri, amalkan ya. Semoga dalaman makin mantap, bertenaga dan suami pun tambah sayang. InshaAllah. 

Selamat mencuba. 

Kredit Tuan Punya Resepi. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews