Hakikatnya kita semua adalah pendosa. Makhluk Allah yang sentiasa melakukan dosa tanpa kita sedar atau tak. Tu sebab ada orang kata solat taubat ni kena selalu.
Konsisten dan istiqamahlah sampai hati rasa lapang dan bersih. Then, rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat pulak, hati macam seronok, happy. Dah tak nak lagi buat dosa-dosa lama. InshaAllah, tu semua tanda taubat kita dah diterima Allah.
Sebenarnya cikla nak share satu perkongsian menarik mengenai solat taubat. Nak tau? Jom baca sampai habis.
Sebaiknya solat taubat ni elok buat malam-malam. Senang kata, sebelum tidur atau sebelum Subuh. Tetengah kesunyian malam gitu.
Memula, bersihkanlah diri tu, pastu berwudhulah. Pastu, bersiap dan pakai wangi-wangi (bagi lelaki). Dah standby sebelum nak solat tu, Istighfar dulu. Isitghfar pendek je. Bacalah seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul-betul tenang.
Pastu baru niat.
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini lillahi ta'ala."
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala.]
Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa. Rakaat pertama, baca sural al-Kafirun sekali. Tapi, kalau ada yang tak hafal surah ni, boleh baca surah al-Ikhlas je.
Rakaat kedua, baca surah al-Ikhlas sekali. Nanti bla sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca doa Nabi Yunus a.s. "La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin."
Korang bacalah 10 kali ke atau 20 kali atau 30 kali. Ikut suka koranglah.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi. Kita berada dalam keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripadaNya. Sujudlah lama-lama.
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam. Lepas bagi salam, istighfar lagi. Boleh baca istighfar pendek atau yang panjang sikit. "Astaghfirullahhal'adziim", atau "Astaghfirullahhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih."
Baca seberapa banyak yang korang nak. Bacalah sampai hati tu rasa lemah. Bila rasa dah cukup kita istighfar, baru doa.
Bila berdoa, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita.
Memula tu, guna je doa sendiri dalam bahasa Melayu. Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu. Menangislah. Merayulah. Mohon Allah ampunkan dosa kita.
Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan Allah. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita. Kejap lagi kita mati.
Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah? Istighfar dan berdoa. Dalam bahasa melayu pun takpe.
Dah selesai berdoa, tutup doa dengan; "Robbana aatina fid dunya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar."
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita. Tengok apa yang boleh kita perbaiki pasni.
Imam al-Ghazali ada cakap, "Tanda hati kita sudah mula hitam, bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah, hilang kemanisan beribadah dan hati tak makan nasihat."
Allahu.
Moga kita semua sentiasa dilembutkan hati dalam penghijrahan yang lebih baik. InshaAllah. Aamin.
Kredit: Viral Johor
Bertaubat sebelum terlambat.
ReplyDelete