Ayam goreng tepung paling senang cara cikla.

By Cikla Shahril - November 15, 2020

AYAM GORENG TEPUNG PALING SENANG CARA CIKLA. Dekat rumah cikla ni boleh dikatakan hari hari menu ayam. Kadang sampai blur mak nak masak apa kan. Kalau kita masak pelik pelik kang tak dimakan pulak. Hari tu encik suami beli lauk lambat. Cikla pulak dah siap masak nasi lemak merangkap lunch sekali time tu. Menu yang paling cepat goreng goreng la kan. Lagi satu hal, tepung goreng ayam pun dah yillek, then malas pulak nak pergi kedai, jadinya kita guna je la apa yang ada dekat dapur nun. 

Resepi ni senang je kot, kalau kata malas lagi tak taulah kan. Nak buat dia guna 4 bahan je, tepung gandum, tepung beras/jagung, serbuk kari sikit, garam. Kalau korang suka pedas, bolehlah tambah serbuk cili. Gaul gaul semua sampai sebati dengan sedikit air panas dan air biasa. 

Tekstur adunan tu korang agak agaklah, janganlah cair sangat dan jangan pekat sangat sangat. Sedang elok je. Then, masukkan ayam yang siap dipotong sederhana besar, gaul gaul kasi rata. 

Panaskan minyak dalam kuali, dah panas gorengkan ayam. Tutup kuali supaya ayam masak sekata. Dah masak, angkat dan toskan minyak. 

Taraaa, inilah dia. Jadilahkan buat makan keluarga sendiri. Krupp krappp kruppp krappp bunyi dia. Hihi. 

Ayam goreng tepung paling senang cara cikla.
Ayam goreng tepung paling senang cara cikla. 

Ayam goreng tepung paling senang cara cikla.
Ayam goreng tepung paling senang cara cikla. 

Ayam goreng tepung paling senang cara cikla.
Ayam goreng tepung paling senang cara cikla. 

Selamat mencuba pada korang yang nak try ehh. Tata. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Orang yang komen.