Advertisement

Kata-kata Bung Hamka.

KATA-KATA BUNG HAMKA. Hai semua. Selamat pagi. Hujan tak dekat tempat korang? Tempat cikla hujan ni, tapi takdelah lebat. Manja manja gitu. Hihi. Oklah, pagi ni cikla just nak share coretan kata dari Bung Hamka. Moga perkongsian ni dapat menjentik sedikit hati kita berubah menjadi lebih baik. InshaAllah. 

Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Jika Subuhnya senantiasa dipelihara, itu tandanya dia akan selamat dari neraka.

Jika Subuhnya tiada dia tinggal, Allah akan melindunginya dari segala arah.

Jika Subuhnya didahului dengan solat sunat, pasti seluruh dunia berserta isinya, dia dapat.

Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju masjid, di kegelapan akhirat dia dapatkan cahaya.

Jika Subuh hingga awal Dhuha (Isyroq) berwirid pula, maka dia umpama mendapat pahala umrah dan haji sempurna.

Jika Subuhnya tiada dijaga, maka pada wajahnya tiada cahaya.

Jika Subuhnya sengaja terlupa, tanda imannya tiada bernyawa.

Jika Subuhnya terasa berat, tanda munafiq sudah mendekat.

Jika Subuh tiada peduli, tanda iman menghampiri mati.

Jika Subuhnya tiada berjemaah, tanda hidupnya akan hilang barokah.

Jika Subuhnya tiada ke masjid, tanda imannya ada penyakit.

Jika Subuhnya selalu terlewat, tanda imannya semakin cacat.

Jika Subuhnya diakhir waktu, tanda iman semakin kelabu.

Jika Subuhnya hari sudah siang, tanda rezekinya sudah hilang.

Jika di waktu subuh masih mendengkur, tanda syaitan memeluknya dalam tidur.

Waallahualam. 

Post a Comment

0 Comments