'Santai Tapi Sampai'

26 November 2020

Jerawat badan? Ouchh!

Jangan ingat jerawat ada dekat muka jer tau. Dekat belakang badan pun dia boleh keluar. Jerawat badan ni walaupun tak merisaukan sanubari korang sebagaimana korang merisaukan jerawat di muka, namun kalau dah banyak sangat pun mesti jadi macam tak selesa kan. 

Hurmm, sakit mata pun ye jugak, sebab tengok dia bermaharajalela kat belakang badan tu haa. Amboi amboi, biasa dia tu. Hehe. So, apa punca jerawat badan ni boleh jadi eh? 

Jerawat badan? Ouchh!
Jerawat badan? Ouchh! Gambar diubahsuai dari carian Google.

Basically, jerawat ni jadi bila liang roma dekat kulit tu tersumbat disebabkan sel kulit mati yang banyak. Makanya, sebum sebum ni semua tersekat, maka jadilah si jerawat tu.  

Punca lain pulak adalah faktor genetik, perubahan hormon, stress, disebabkan ubat tertentu dan kulit yang jenis extra berpeluh. Nak tau detail pasal ni, korang gogel ajelah. 

Macam mana pulak nak rawat jerawat yang menyakitkan mata ni? Haa, ada banyak cara selain dari penggunaan krim sapu yang disyorkan oleh doktor. 

Antaranya adalah kerap mandi terutama kalau korang baru lepas bersukan. Tunggulah 30 minit atau sejam sebelum korang pergi mandi tu. Bukan apa, tunggu lebihan peluh tu keluar semua. 

Nak lagi bagus, masa mandi tu guna shower gel bidmon ni. Bukan apa, bahan bahan yang ada dalam shower gel ni seperti bidara dan ginseng boleh bantu kurangkan jerawat terutama di belakang badan. 

Jerawat badan? Ouchh!
Jerawat badan? Ouchh! Jom try showergel bidara lemon (bidmon)

Lemon pulak boleh buat badan korang jadi fresh. Segar je tau. Tapi, kenalah guna konsisten kan. Kalau setakat sekali dua, memang 'sadaqallahulazim'lah jawabnya. 

Lepas mandi, sapu pulak minyak urut moden MMG ni dekat area pinggang, perut dengan betis. Selesa sangat. Kalau korang nak sapu time korang nak tidur pun molek jugak. Lavendar yang ada dekat dalam dia boleh buat korang tidur lena. Aromaterapi, release tension lagi. 

More info about this product, click HERE

Nak nampak awet muda? Makanlah ceker ayam.

Sapa peminat ceker atau kaki ayam? Kalau cikla makan jugaklah, tapi anak cikla yang paling suka makan ceker ni abang Ammar dengan Zara. 

Diaorang panggil 'tangan' ayam. Aha, logik jugaklah kan sebab nampak macam tangan. Advance budak budak sekarang, hihi. 

Ceker ni bagi cikla paling sedap bila buat suplah. Tapi kadang jemu jugakkan. So, kita pelbagaikanlah menu dia. Kalau kat rumah ni, masak kicap dengan kari jalan jugaklah. Janganlah masak pelik-pelik, pastu pedas memang tak disentuhnya. Confirm!

Dari dulu cikla selalu dengar orang cakap nak awet muda, makanlah ceker ayam sebab dia kaya dengan kologen. Kologen ni menda yang boleh buat korang nampak cantik. Tu yang awet muda terus tu. Cikla bukan saja saja kata, sebab dah ada kajian dah pasal ni. 

Nak nampak awet muda? Makanlah ceker ayam.
Nak nampak awet muda? Makanlah ceker ayam. 

Fungsi kologen ni pulak boleh bentuk kulit korang jadi anjal, toingg toingg gitu. Pastu of course lah buat kulit jadi lebih sihat and ganti sel sel kulit mati dengan lebih cepat. Dia ni jugak boleh bantu serap kalsium dengan protein untuk jadikan badan lebih sihat.  

Lagi manfaat kologen ni, dia boleh bantu tingkatkan metabolism badan and bantu menurunkan berat badan. Wahh, bab ni mesti pompuan la sukaa kann. Tau dah, hehe. 

Selain tu, zat yang ada dalam ceker ni bagus untuk sistem pencernaan jugak. Usus akan jadi lagi lembut, so sistem pencernaan jadi better lagilah. 

Korang masak je dia ni jadi makanan berkuah atau sup, sebab nutrisi seperti kologen, protein, kondroitin dan glucosamine yang ada di dalamnya akan larut dalam sup semasa dimasak.

Khasiat ceker ayam jugak dia boleh bantu jadikan tulang korang kuat dan tak rapuh sebab dia kaya dengan protein, kalsium termasuklah tulang rawan dan kologen. 

Lagipun dia jugak boleh kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang bila korang tua kelak.

Nak nampak awet muda? Makanlah ceker ayam.
Nak nampak awet muda? Makanlah ceker ayam. 

Siapa yang ada masalah kuku rapuh ke, kuku tak cantik ke bolehlah atasi dengan makan ceker ayam ni. 

Ceker ayam yang dah dimasak dikatakan mengandungi asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh bantu jaga kesihatan kuku. 

Kalau korang nak tau, ceker ayam ni kalau dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas dinamakan gelatin. Benda tu la yang buat kuku korang sihat dan terjaga. Termasuklah untuk kesihatan gusi. 

Wahh, banyak manfaat makan ceker ayam ni kan. Tengok macam takde menda je. Hakahh, kaki je. Hihi.

Kredit SINI

22 November 2020

Nak hati lapang dan tenang? Buatlah solat taubat.

Hakikatnya kita semua adalah pendosa. Makhluk Allah yang sentiasa melakukan dosa tanpa kita sedar atau tak. Tu sebab ada orang kata solat taubat ni kena selalu. 

Konsisten dan istiqamahlah sampai hati rasa lapang dan bersih. Then, rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat pulak, hati macam seronok, happy. Dah tak nak lagi buat dosa-dosa lama. InshaAllah, tu semua tanda taubat kita dah diterima Allah. 

Sebenarnya cikla nak share satu perkongsian menarik mengenai solat taubat. Nak tau? Jom baca sampai habis. 

Nak hati lapang dan tenang? Buatlah solat taubat.
Nak hati lapang dan tenang? Buatlah solat taubat. Gambar diubahsuai dari carianGoogle. 

Sebaiknya solat taubat ni elok buat malam-malam. Senang kata, sebelum tidur atau sebelum Subuh. Tetengah kesunyian malam gitu. 

Memula, bersihkanlah diri tu, pastu berwudhulah. Pastu, bersiap dan pakai wangi-wangi (bagi lelaki). Dah standby sebelum nak solat tu, Istighfar dulu. Isitghfar pendek je. Bacalah seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul-betul tenang.

Pastu baru niat.

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ التَوبَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

"Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini lillahi ta'ala."
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala.]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa. Rakaat pertama, baca sural al-Kafirun sekali. Tapi, kalau ada yang tak hafal surah ni, boleh baca surah al-Ikhlas je. 

Rakaat kedua, baca surah al-Ikhlas sekali. Nanti bla sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca doa Nabi Yunus a.s. "La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin." 

Korang bacalah 10 kali ke atau 20 kali atau 30 kali. Ikut suka koranglah.

Nak hati lapang dan tenang? Buatlah solat taubat.
Nak hati lapang dan tenang? Buatlah solat taubat. Kredit Google. 

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi. Kita berada dalam keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripadaNya. Sujudlah lama-lama. 

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam. Lepas bagi salam, istighfar lagi. Boleh baca istighfar pendek atau yang panjang sikit. "Astaghfirullahhal'adziim", atau "Astaghfirullahhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih."

Baca seberapa banyak yang korang nak. Bacalah sampai hati tu rasa lemah. Bila rasa dah cukup kita istighfar, baru doa. 

Bila berdoa, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita.

Memula tu, guna je doa sendiri dalam bahasa Melayu. Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu. Menangislah. Merayulah. Mohon Allah ampunkan dosa kita. 

Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan Allah. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita. Kejap lagi kita mati. 

Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah? Istighfar dan berdoa. Dalam bahasa melayu pun takpe.

Dah selesai berdoa, tutup doa dengan; "Robbana aatina fid dunya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar."

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita. Tengok apa yang boleh kita perbaiki pasni.

Nak hati lapang dan tenang? Buatlah solat taubat.
Nak hati lapang dan tenang? Buatlah solat taubat. Kredit Google. 

Imam al-Ghazali ada cakap, "Tanda hati kita sudah mula hitam, bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah, hilang kemanisan beribadah dan hati tak makan nasihat." 

Allahu. 

Moga kita semua sentiasa dilembutkan hati dalam penghijrahan yang lebih baik. InshaAllah. Aamin. 

Kredit: Viral Johor

15 November 2020

Ayam goreng tepung paling senang cara cikla.

Dekat rumah cikla ni boleh dikatakan hari hari menu ayam. Kadang sampai blur mak nak masak apa kan. Kalau kita masak pelik pelik kang tak dimakan pulak. Hari tu encik suami beli lauk lambat. Cikla pulak dah siap masak nasi lemak merangkap lunch sekali time tu. Menu yang paling cepat goreng goreng la kan. Lagi satu hal, tepung goreng ayam pun dah yillek, then malas pulak nak pergi kedai, jadinya kita guna je la apa yang ada dekat dapur nun. 

Resepi ni senang je kot, kalau kata malas lagi tak taulah kan. Nak buat dia guna 4 bahan je, tepung gandum, tepung beras/jagung, serbuk kari sikit, garam. Kalau korang suka pedas, bolehlah tambah serbuk cili. Gaul gaul semua sampai sebati dengan sedikit air panas dan air biasa. 

Tekstur adunan tu korang agak agaklah, janganlah cair sangat dan jangan pekat sangat sangat. Sedang elok je. Then, masukkan ayam yang siap dipotong sederhana besar, gaul gaul kasi rata. 

Panaskan minyak dalam kuali, dah panas gorengkan ayam. Tutup kuali supaya ayam masak sekata. Dah masak, angkat dan toskan minyak. Taraaa, inilah dia. Jadilahkan buat makan keluarga sendiri. Krupp krappp kruppp krappp bunyi dia. Hihi. 

Ayam goreng tepung paling senang cara cikla.
Ayam goreng tepung paling senang cara cikla. 

Ayam goreng tepung paling senang cara cikla.
Ayam goreng tepung paling senang cara cikla. 

Ayam goreng tepung paling senang cara cikla.
Ayam goreng tepung paling senang cara cikla. 

Selamat mencuba pada korang yang nak try ehh. Tata. 

13 November 2020

Anak selalu kembung? Meh cuba tip ni.

Siapa yang ada anak kecik? Anak korang selalu kena kembung perut tak? Bukan pe, baby ni ada sesetengahnya memang senang nak kena kembung perut. Tapi, macam baby Aaira sejak dari dalam pantang memang jarang kena kembung perut ni. Syukur sangatlah, sebab kurang la sikit meragamnya kan. Mungkin ibu ibu dah try semua petua kan, tapi masih tak ok jugak. So, macam mana pulak nak atasi masalah ni ye?
 

Anak selalu kembung? Meh cuba tip ni.
Anak selalu kembung? Meh cuba tip ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.


Apa kata ibu ibu try tip yang cikla nak share ni, mana tau serasi kan. Lagipun, kesian kat anak kan. Nak cakap tak pandai, yang dia tau menangis je. Huhu. 


  1. Ibu menyusukan sentiasa pastikan perut tak kosong sebab ia merupakan salah satu punca baby kembung.
  2. Ibu menyusu elak makan makanan berangin seperti kobis dan kailan.
  3. Buat urutan dan sapukan minyak baby pada perut dan tapak kaki baby setiap kali lepas mandi. 
  4. Pastikan baby latch dengan sempurna masa menyusu. Lepas proses penyusuan, tak kiralah direct feeding atau botol susu, pastikan ibu sedawakan baby.
  5. Tuam perut baby secara berlapik dengan daun sirih yang telah dilayurkan. Sebelum letak diperut baby, test dulu di kulit ibu supaya dapat kawal suhu yang sesuai untuk baby.
  6. Buat urutan sendiri pada badan baby, seperti I Love You dan Bicycling. 

Kredit : MamaCerita.My

Baby bawah 6 bulan hanya minum susu ibu saja.

Lebih kurang dua bulan lagi, boleh makan dah si Aaira ni. Kejap je rasa ko membesar dik. Korang mesti pernah dengar kan ada orang cakap boleh bagi baby macam Aaira ni minum air kosong. Tak boleh ye sebenarnya mak mak semua. Baby sebelum umur 6 bulan just bagi minum susu ibu saja. In case kalau baby terpaksa minum susu formula, tu cerita lainlah. Sebab, kandungan air dalam susu ibu ni dah cukup dah untuk baby korang tu. Tak perlu topup air kosong pun. 

Baby bawah 6 bulan hanya minum susu ibu saja.
Nur Aaira Delisha

Lagipun, pengambilan air tu jugak dikatakan akan menggangu penyerapan nutrien, lepas tu bole jugak sebab keracunan dan sawan. See. Nampak macam remeh dan takde menda sangat kan. Tapi, kesan dia? So, fikir fikirkanlah. Sapa tak sayang anak kan. Sakit beranak pun terasa rasa lagi ni. Seriau jek. 

Just my 2 cents. 

#sharingiscaring

3 November 2020

Covid19 tak berjangkit melalui makanan?

Covid19 tak berjangkit melalui makanan? Ya betul. Covid19 tak berjangkit melalui makanan sebab dia hanya berjangkit melalui titisan salur pernafasan (droplets) semasa bercakap, bersin dan batuk.

Covid19 tak berjangkit melalui makanan?
Covid19 tak berjangkit melalui makanan?

Kredit : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ujian kita berbeza?

Setiap daripada kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Apa yang saya hadapi, mungkin kamu tak pernah dan tak akan hadapi. Dan apa yang kamu hadapi, mungkin saya tak pernah dan tak akan hadapi.

Ujian kita berbeza?
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Kenapa pula?

Sebab Allah dah beritahu bahawa kita semua PASTI akan diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Allah dah sebutkan di dalam Al Quran,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - (Surah al Baqarah 2:286)

Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan APA yang kita mampu. Ya, dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita.

Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya PASTI dan PASTI kita kuat dan mampu sangat untuk hadapi. 

Percayalah, you never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have.

#cnp
#sharingiscaring

Kata-kata Bung Hamka.

Pagi ni cikla just nak share coretan kata dari Bung Hamka. Moga perkongsian ni dapat menjentik sedikit hati kita berubah menjadi lebih baik. InshaAllah. 

Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Jika Subuhnya senantiasa dipelihara, itu tandanya dia akan selamat dari neraka.

Jika Subuhnya tiada dia tinggal, Allah akan melindunginya dari segala arah.

Jika Subuhnya didahului dengan solat sunat, pasti seluruh dunia berserta isinya, dia dapat.

Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju masjid, di kegelapan akhirat dia dapatkan cahaya.

Jika Subuh hingga awal Dhuha (Isyroq) berwirid pula, maka dia umpama mendapat pahala umrah dan haji sempurna.

Jika Subuhnya tiada dijaga, maka pada wajahnya tiada cahaya.

Jika Subuhnya sengaja terlupa, tanda imannya tiada bernyawa.

Jika Subuhnya terasa berat, tanda munafiq sudah mendekat.

Jika Subuh tiada peduli, tanda iman menghampiri mati.

Jika Subuhnya tiada berjemaah, tanda hidupnya akan hilang barokah.

Jika Subuhnya tiada ke masjid, tanda imannya ada penyakit.

Jika Subuhnya selalu terlewat, tanda imannya semakin cacat.

Jika Subuhnya diakhir waktu, tanda iman semakin kelabu.

Jika Subuhnya hari sudah siang, tanda rezekinya sudah hilang.

Jika di waktu subuh masih mendengkur, tanda syaitan memeluknya dalam tidur.

Waallahualam. 

2 November 2020

Ye ke pengidap hipotiroid pun boleh dapat jantung laju?

Jawapannya, ya. Boleh. Memang ada pengidap hipotiroid yang dapat masalah jantung laju. Namun, ia bukanlah disebabkan oleh masalah hipotiroid itu sendiri. 

Untuk pengetahuan korang, heart palpitation atau denyutan jantung, boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengambilan caffeine, exercise, merokok atau stress

Malah, ia boleh menjadi serius apabila jantung laju dan diikuti dengan sakit dada, pitam, sukar bernafas ataupun dah pernah didiagnosed ada sakit jantung.

Ye ke pengidap hipotiroid pun boleh dapat jantung laju?
Ye ke pengidap hipotiroid pun boleh dapat jantung laju? Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Selain tu, ada banyak lagi penyebab keadaan ni boleh berlaku, seperti:
 
1. Dehidration.
2.Hormon berubah, termasuklah sebab mengandung.
3. Low blood sugar.
4. Anemia.
5. Hipertiroid.
6. Kekurangan oksigen dalam badan.
7. Demam.
8.Ubat yang dibeli sendiri tanpa surat doktor termasuklah ubat batuk dan selsema.
9. Suppliment herba.
10. Asthma inhalers.
11. Dadah yang diharamkan.
                                    
Malah, pengidap hipotiroid yang dos ubatnya tinggi dari apa yang mereka perlukan, pun boleh dapat jantung laju. Sebab itulah, kena buat ujian darah secara rutin.

Jika rentak jantung melebihi 100-130 per-minit dan ke atas secara  berterusan, segeralah berjumpa doktor. Pergi klinik swasta biasa pun boleh. Mereka pun doktor jugak. Tapi jika keadaan diri sudah tak keruan (dapat panic attack contohnya), "shoot" terus ke kecemasan.

Kredit : FB grup Tiroid dan Anda (ORI).

Kita diuji kerana kita istimewa.

Allah sentiasa memberi jalan keluar sebab walau sesulit mana keadaan kita akan ada tangan-tangan yang membantu akan ada manusia-manusia yang menguatkan. 

Walau kita merasa jauh daripadaNya, tetaplah meminta pertolongan daripadaNya. Walau kita sentiasa melupakanNya, tetaplah merayu kepadaNya. 

Sebab, Dia Yang Maha Baik. Tak akan pernah menolak permintaan hambaNya yang meminta. Dengan khusyuk dan merendah diri, kita meminta diberi kekuatan.

Kita diuji kerana kita istimewa.
Kita diuji kerana kita istimewa. Kredit Google.

Allah memberi lewat ujian, sebab hanya mereka yang kuat mampu bertahan ujianNya. Ujian Allah hanya untuk menguji keimanan dan kesabaran kita. Sampai masa yang ditetapkan Allah jua yang memberi jalannya. 

Ujian Allah mematangkan kita, menguatkan kita, menghapus kesalahan kita, mengangkat darjat kita. Dengan ujian daripada Dia, Allah memuliakan kita. Daripada insan biasa makhlukNya menjadi permata berkilauan antara berjuta.

Apa kita tidak pernah terfikir? Mengapa kita yang dipilihNya? Sebab Allah melihat kita, 'istimewa' berbanding hambaNya yang lain. Teruskan melakukan kebaikan kerana Allah. 

#cnp
#sharingiscaring

1 November 2020

Istighfar dan bertasbih.

ISTIGHFAR DAN BERTASBIH. Hai semua. Selamat pagi. Hari ni hari pertama bulan November. Allahu, cepatnya masa berjalan. Walau macam mana pun, syukur alhamdullilah sebab masih diberi nikmat dariNya. 

So, pagi ni cikla nak share pasal istighfar dan tasbih. 

Al kisahnya, seorang alim ditanya, "Manakah yang lebih utama? Istighfar atau bertasbih?" Beliau menjawab, "Pakaian yang kotor itu lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi." 
 
Istighfar dan bertasbih.
Istighfar dan bertasbih. Kredit Google.

Istighfar ibarat sabun manakala tasbih umpama minyak wangi. Hati yang kotor lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi. 
 
Mari kita bersihkan hati kita dengan istighfar dan kita wangikannya dengan tasbih.