Apabila aku disahkan menghidap tiroid.

By Cikla Shahril - May 22, 2017

Sampai ke hari ni cikla macam masih tak percaya cikla boleh kena sakit tiroid ni. Bukan tak boleh nak terima hakikat, tapi semua orang cakap sakit tiroid ni adalah penyakit keturunan. 

Masalahnya, setahu cikla keluarga cikla tak kiralah sebelah mak atau abah rasanya takde pun yang kena sakit ni. Kalau nak diikutkan, bengkak yang muncul di leher ni since lepas cikla bersalin abang Ammar. 

Bayangkanlah, dekat 2 tahun lebih cikla simpan bengkak berpenyakit nih. Huhu. Maklumlah, benda tak sakit dan tak mengganggu aktiviti makan, minum dan pernafasan, so memang buat tak tau ajelah. Korang jangan ikut macam cikla tau. 

Kalau ada bengkak, pergi cepat-cepat check. Time tu gak, tak silap cikla bengkak sebelah kiri je. Cikla agak besar bengkak tu macam duit syiling 20 sen tu.

Nak dijadikan cerita, masa cikla pergi checkup sebulan masa dalam pantang adik Zara, misi kat klinik tu tegur leher cikla. Dia cakap, tengok macam bengkak tiroid. 

Masa tu, memang bengkak dah nampak. Dia suruh cikla pergi jumpa doktor check. Cikla senyum-senyum ajelah masa misi tu cakap macam tu. Dalam hati dah risau  jugaklah. 

Kalaulah betul tiroid, dan yang cikla paling risaukan dan takut, kalau pada 'penyakit' lain. Nauzubillah.

Pembengkakan kelenjar tiroid yang dinamakan goiter.
Pembengkakan kelenjar tiroid yang dinamakan goiter. Sumber Google. 

Sebenarnya, bukan misi je yang suruh pergi check, mak cikla pun sama. Dari awal lagi memang dia bising suruh pergi check takut ada apa-apa masalah nanti. 

Hurmm, cakap mak mana boleh bangkang. Derhaka kang, tak cium bau syurga. Hihi. Nak tak nak, nampaknya memang kena pergi serah diri jugaklah.  

Hari yang berikutnya cikla ajak cik suami pergi klinik biasa dulu untuk check. First time ni cikla check kat klinik SITI di Banting. Sampai klinik, cikla ceritalah dekat doktor apa masalah. Bla bla blaa.

So, doktor cakap untuk kepastian sama ada  tiroid ke tidak mesti kena buat ujian darah. Dalam rela terpaksa, cikla pun menyerahkan lenganku 'dicucuk' untuk mengambil darah. Tak silap cikla, dalam 2-3 hari dah dapat result. Guess what, result normal yaw!

That's mean bacaan hormon cikla normal dan tak masalah. Bacaan pun memang cantik. Tapi, yang pelik mengapa ada benjolan. Iyelah, masa tu cikla memang zero langsung takdak ilmu pasal tiroid ni. 

Tak silap cikla ukuran bengkak masa first time check dalam 3 cm x 3 cm. Doktor agak-agak jelah, hasil dari 'rabaan' di leher cikla. Hurmm, besar jugak kan. 

Doktor cakap, dia tak boleh nak bagi ubat apa-apa sebab bacaan hormon normal. Cuma, masalahnya ada bengkak. 

Lastly, doktor keluarkan referral letter untuk cikla rujuk ke bahagian surgical hospital. Tapi, kisah tak habis kat di situ aje tau.

Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik SITI.
Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik SITI. 

Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik FUZIAH.
Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik FUZIAH. 

Disebabkan cikla macam agak tak puas hati dengan 'result' ujian di klinik tu, cikla ajak cik suami check di klinik lain. Manalah tau ada ralat kan. Husnuzon aje time tu. 

Kali kedua buat TFT, cikla pergi ke klinik panel tempat kerja suami, klinik FUZIAH pulak. So sad, result yang diperolehi pun normal jugak. 

Tapi, doktor yang check cikla time tu suggest cikla buat ujian sonographer. Ala, ujian ultrasound la tu. So, dia suggest sebuah klinik kat area Putrajaya. Klinik Najwa kalau tak silap cikla.

Beberapa hari selepas itu cikla pun pergilah ke klinik Najwa tu. Melalui ujian tu, memang ada ketulan di sebelah kiri. Yang tak bestnya, kat sebelah kanan pun ada dikesan ketulan jugak. Tapi kecik sikit dari sebelah kiri. Dan dia lebih kepada ciri-ciri nodul.

Dari result tu, doktor suruh cikla pergi terus jumpa pakar di Hospital Putrajaya sebab kat sana memang ada pakar dalam bidang ni. Nanti kalau ada apa-apa, senang. Bermulalah episode cikla sebagai pesakit tiroid dan checkup doktor pun bermula.

To be continue.

  • Share:

You Might Also Like

9 Comments

  1. Nasib baik ada orang menegur CikLa. Kadang2 kita pun tak perasan akan perubahan diri kita sebenarnya. Huhu. CikLa sambung nanti ye kisah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Tapi kadang-kadang hal yg kita rasa 'ala takde apa2 lah' sebenarnya bakal mengubah hidup kita...

      Bersangka baik.. Insha Allah.. ❤️❤️

      Delete
  2. Kadang kita tak perasankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Tak perasan satu hal. Tak sakit pun satu hal. Kdg2 sbb benda tu tak sakit kita lengah2kan.. Huhu. Usaha dan tawakal je pasni...

      Delete
  3. Pada peringkat awal memang takde rasa sakit atau kesan2 lain cuma ada nampak macam bengkak aje kat leher tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah,sebab tulah masa memula tu cikla mcm buat selamba je. La ni, dh opret pun. Bertabahlah...

      Delete
  4. Semoga urusan cikla dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. Serius ke cikla. Kawan ofis kin pun ada tyroid jugak. Tak tahu pulak seserius camni. Semoga bertabah lah cikla yee :)

    ReplyDelete