Advertisement

Khasiat petai yang kita tak tahu!

KHASIAT PETAI YANG KITA TAK TAHU! Eee, usuknya bau petai. Tapi, jangan tak tau petai ni sebenarnya banyak khasiat tau. Ada orang suka makan petai sebagai ulam. Ada juga yang menambahkan petai dalam masakan terutama sambal petai.. Emmm, sedapnya. Petai ni boleh dikategorikan sejenis kekacang, leper dan berbentuk biji yang jelas kelihatan pada kulit buah berwarna hijau. Pokoknya memang tinggi sehingga boleh mencecah 30 meter. Tinggi kan?

Khasiat petai yang kita tak tahu!

Bercerita pasal khasiatnya pulak, petai memang ada ke'magik' kannya tersendiri. Ia dipercayai dapat mengurangkan masalah kurang darah (anemia), di samping ia boleh merawat masalah hati, busung, bengkak ginjal, diabetes dan membunuh cacing dalam perut dan usus.

Khasiat petai yang kita tak tahu!
Khasiat petai yang kita tak tahu! Sumber Google.

Daunnya pulak boleh merawat penyakit demam kuning dengan cara merebus daunnya seterusnya air rebusan tersebut diminum. Selain itu, akarnya pula dikatakan mampu merawat penyakit kencing manis dengan cara yang sama seperti di atas.

Petai juga mengandungi sumber vitamin A, B dan C di samping ia turut mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa. Ketiga-tiga zat ini amat penting sebagai sumber gula semulajadi yang dapat menghasilkan tenaga segera.

Cikla memang makan petai ni sebagai ulam. Tapi, takdelah menjadi kegemaran sangat. Lagipun kalau kita makan petai ni mulut rasa tak selesa sebab baunya yang ala-ala "harum" semerbak gitu. Hehehe.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit info kepada kita… 

Sumber Khasiat Alami (Majalah Wanita).

Post a Comment

2 Comments