Bila hero demam...

Ermm, sekarang ni musim demam, batuk dan selsema gamaknya. My hero pun tak ketinggalan. Kalau nak cakap dia berjangkit dengan orang dipersekitarannya, tak kot. 

Sebab cikla memang jaga giler kalau ada orang-orang yang berpontensi memindahkan "penyakit" kepada my hero ni. Entahlah, tapi cikla sendiri pun sekarang ni batuk-batuk jugak. Inilah hero cikla. My baby Ammar. Cian kan?

Bila hero demam...
Bila hero demam...

Sebenarnya sebelum baby Ammar demam, cikla ada bawak dia pergi checkup kat hospital. Timbang berat pun syukurlah naik banyak gak. 6.5 kg. 

Dan alhamdullilah result pasal kesihatan Ammar pun dah ok. Tapi, alamak kantoi plak dengan skin problem. Skin Ammar masa tu merah-merah. 

Nak dijadikan cerita, doktor suspect eczema. Ala. Tetibe je kan boleh kena. So, dah kena follow-up lagi untuk skin dia pulak. Kesian. Kesian.

Berbalik kepada kisah Ammar demam, aritu cikla ada bawak dia pergi check doktor. Doktor check suhu badan. Apa? 38°C. 

Uiii, patutlah tak tentu rasa. Asyik merengek je. Kan dah kena masuk ubat lalu punggung sebab panas sangat. Selsema pun kena juga. Masa doktor check macam banyak kahak dan nafas sempit. So, kena lagi. 

Kena amik gas adalah dalam 15 minit gitu. Cian anak ibu. Pastu doktor bagi ubat demam, batuk dengan ubat titis hidung untuk selsema.

Bila hero demam...
Bila hero demam...

Tengok mukanya. Sayu je kan? Hehe. Ok Ammar. Ibu paham. Tengah hari tadi bawak Ammar pergi checkup 4 bulan. 

Mujur takde kena injection. Kalau tak memang postpone ler jawabnya. Sebab kalau baby demam memang misi tak inject. Timbang pun turun 200 g. Jadi 6.3 kg. Kira oklah sebab graf still cantik lagi. 

Tapi, beratnya naiklah sebab masa 3 bulan berat Ammar 6 kg. Walau apa pun, syukur alhamdulillah. Cikla harap hero cikla cepat sembuh. Cian tengok. 

Walaupun dia tak meragam sangat, tapi merengek sikit-sikit je. Doakan hero cikla cepat baik ye.

Thanks korang. Amin.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews