Kelebihan membedung bayi.

Rasanya tabiat membedung bayi semakin kurang dilakukan oleh orang sekarang. Kalau dulu, cikla ingat lagi masa adik cikla yang bongsu masa kecil mak cikla bedung dia masa dia nak tidur. Jujur cikla cakap anak-anak cikla yang first je cikla semangat nak berbedung bagai. Masuk yang kedua dan la ni yang ketiga dah berkurang lak semangatnya. Hehe.

Cikla pernah terbaca yang orang sekarang ni dah kurang membedung anak mereka sebab kalau dibedung bayi akan menangis dan mengeluarkan tangan daripada bedung. Memang ye pun. Macam anak cikla yang ketiga ni, memang tak suka langsung dibedung. Kalau dibedung mulalah, mengeliat sana sini. Hehe. 

Sebenarnya banyak rupanya kelebihan membedung bayi yang kita tak tau. Haa, ni lah yang cikla nak kongsikan. Bedung bukanlah perkara yang baru pada bayi sebab sejak dari dalam rahim ibu lagi, dia sudah biasa 'terhimpit' oleh dinding rahim. Ia sebenarnya mempunyai banyak kelebihan terutama dari segi sentuhan yang berpanjangan.

Kelebihan membedung bayi.
Kelebihan membedung bayi.

Bayi yang berusia sehari sehingga 3 bulan amat sesuai untuk dibedung sebab ia masih dalam proses penyesuaian diri ke dunia baru. Ia sebagai langkah pertama untuk bayi menenangkan diri sebab berbedung umpama berada dalam pelukan ibunya sendiri. Kain bedung lembut yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti di dalam rahim ibunya.

Berbedung juga menjadikan bayi rasa lebih selamat sebab kalau dia terkejut dengan sesuatu bunyi yang kuat tangannya tak terangkat atau terjaga (kesan Moro). Ia juga dapat mengelakkan bayi menggosok atau mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.

Erm, banyak jugak kelebihan membedung bayi ni kan? Semoga ia akan memberi sedikit ilmu kepada ibu-ibu terutama ibu yang baru menimang cahaya mata. 

Sumber : HarianMetro/Hati.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews