Didik anak gosok gigi.

Pendedahan awal mengenai kepentingan menjaga kebersihan gigi kepada anak sangat penting sebenarnya. Macam anak cikla seawal 2 tahun cikla dah ajar mereka memberus gigi. Tapi, biasalah budak-budak kan. Awal-awal bukan main excited. Pagi, petang, siang malam nak menggosok gigilah pulak. Last last main diaorang duduk dalam bilik air main ubat gigi. Tak pasal-pasal ibunya jadi tarzan jap. Aiseyyy.

Cikla tau, bukan senang nak ajak anak memberus gigi. Kena pandai pujuk rayu barulah diaorang nak. Kadang-kadang sampai ibunya frust sebab tak berjaya nak pujuk diaorang gosok gigi kan. Cikla nak share beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk mendidik our kids menggosok gigi mereka.

Didik anak gosok gigi.
Didik anak gosok gigi. Sumber Google.

  1. Sebelum menggosok gigi, sediakan berus gigi yang bersaiz kecil dengan pemegang yang besar dan tebal selain bulu yang halus.
  2. Pilih ubat gigi yang sesuai bagi kanak-kanak berusia lebih dari 2 tahun dan letak ikut saiz yang sesuai. Bagi kanak-kanak berusia 1-2 tahun elok jangan gunakan ubat gigi sebab takut tertelan.
  3. Tunjuk cara masa menggosok gigi. Maknanya, berdiri bersama anak depan cermin dan suruh anak ikut cara kita memberus gigi.
  4. Minta anak meniru cara kita memegang dan menggerakkan berus gigi dengan cara memegang tangannya dan arahkan berus ke giginya.
  5. Selepas selesai memberus gigi, minta anak berkumur-kumur dengan air masak supaya tidak cirit-birit jika tertelan air mentah.
  6. Lastly, minta anak bersihkan sisi ubat gigi sekitar mulut. Untuk memupuk kebiasaannya menggosok gigi, selepas selesai berikannya 'hadiah' iaitu ciuman dan pelukan supaya mereka rasa seronok.

Jangan lupa mengajar anak memberus perlahan lidah untuk membersihkannya kerana kadangkala terdapat sisa susu atau makanan pada lidahnya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ajar awal-awal supaya mereka terbiasa dan pandai. 

Info from Majalah Wanita.

2 comments:

  1. teringat dulu awal-awal kak ana didik anak gosok gigi guna berus yang boleh masuk jari kita tu..hehe :)

    ReplyDelete
  2. jadikan rutin setiap malam kan, memang perlu buat kalau tak alamatnya tak gosok gigilah mereka..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews