Advertisement

Baby NewBorn : Ada kelainan ke?

BABY NEWBORN : ADA KELAINAN KE? Ibu bapa mana yang tak seronok bila dapat cahaya mata baru. Orang kata anak adalah anugerah dan amanah malah dapat mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga. Mungkin ada yang antara perasan atau tak yang baby baru lahir (newborn) ada beberapa kelainan pada dirinya. Jom kita terjah apakah kelainan itu....

Baby NewBorn : Ada kelainan ke?

Baby NewBorn : Ada kelainan ke?

(1) Ubun-ubun berdenyut - bahagian tulang tengkorak belum bersatu dan mengeras dengan sempurna. Ia mengambil masa 2 tahun untuk denyut itu hilang. 
Tips: guna shampoo untuk membersihkan rambut dan kulit kepala baby serta segera keringkan. Jangan sentuh atau tekan ubun-ubunnya.

(2) Wajah sembam - berlaku sebab tekanan yang dilalui semasa kelahiran. Selain wajah, mata juga boleh turut kelihatan bengkak. Akan tetapi, bengkak ini akan hilang dalam tempoh 1-2 hari selepas kelahiran. 
Tips: jangan telangkupkan baby semasa tidur untuk mengurangi tekanan pada wajah baby. Jika ada benjolan, elakkan menyentuh bahagian itu sampai bengkak hilang. Kalau tiada perubahan dalam masa sebulan eloklah berjumpa doktor.

(3) Berbulu - rambut janin belum luruh sepenuhnya. Baby girl juga kadang-kadang kelihatan berambut pada bahu dan belakangnya. Jangan risau, dalam beberapa minggu kulit baby akan bersih dan bebas dari bulu tersebut. 
Tips: mandikan baby untuk menjaga kebersihan dan kesihatan kulit. Jangan cukur bulu halus itu sebab ia akan gugur sendiri.

(4) Alat kelamin bengkak - hormon ibu mempengaruhi perkembangan organ seksualnya. Itu sebabnya ia kelihatan lebih besar dan akan normal dalam masa seminggu. 
Tips: bersihkan alat kelaminnya selepas mandi. Keringkan perlahan dan lap sampai kering. Segera ganti pampers jika sudah penuh untuk mengelakkan ruam lampin. 

(5) Payudara besar - ia disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen ibu. Ia akan normal selepas beberapa hari/minggu. 
Tips: jangan picit payudara baby sebab ia akan menyebabkan baby tak selesa.

(6) Kulit berlemak - lapisan lemak ini akan mengelupas dalam beberapa hari. 
Tips: bersihkan kulit baby dengan air suam dan sabun khas. Jangan gosok dengan kuat.

(7) Kaki tangan sejuk dan pucat - sistem peredaran darah baby belum berkembang sepenuhnya untuk mengalirkan darah ke organ-organ penting tubuh. Tangan dan kaki adalah organ terakhir dialiri darah. Ia akan ok secara sendirinya sehingga usia baby setahun. 
Tips: beri baby susu untuk menghangatkan tubuhnya. Pakaikan baby sarung tangan dan kaki atau selimutkan baby sampai tangan dan kaki baby terasa hangat.

Cikla harap info ini akan memberi sedikit ilmu pada ibu-ibu terutama ibu yang pertama kali mempunyai baby.

Info kredit to Majalah Wanita. 

Post a Comment

3 Comments