Jangan fikir pemakaian baju tidur adalah satu perkara enteng. Sebenarnya ia amat penting untuk memastikan kesihatan tubuh luar dan dalam. Jadi, jangan pandang remeh tau. Jangan tak tau, masa tidurlah kesegaran minda dan fizikal dapat dikembalikan setelah penat bekerja di siang hair. Ada kajian mengatakan jangan pakai pakaian tidur yang sama lebih dari tiga kali. Apalah sebabnya kan? Inilah yang cikla nak kongsikan.
- Memakai pakaian longgar semasa tidur adalah amat penting sebab ia akan memberi keselesaan masa kita tidur. Pakaian yang ketat akan ganggu aliran darah, jadi tidur kita tak nyenyak.
- Ada sesetengah orang pakai baju tidur yang sama berhari-hari tanpa membasuhnya sebab fikir ala pakai masa tidur je. Bukan busuk pun. Salah sebenarnya tanggapan tu sebab ramai yang tak tau masa malam juga badan kita mengeluarkan peluh tanpa kita sedar. Lagi satu, masa kita tidur ada sejenis bakteria iaitu staphylococcus akan serap masuk dalam tubuh kalau ada anggota badan yang luka. Jadi, ia dah tentu tentu melekat pada baju tidur kita.
- Baju tidur yang dipakai berkali-kali juga mempunyai bakteria yang susah nak hilang walaupun kita dah basuh baju tersebut. Lebih buruk lagi, bakteria tersebut turut akan melekat pada pakaian lain yang dibasuh bersama. Jadi, ia akan memberi kesan bau yang kurang enak walaupun kita dah basuh pakaian itu disebabkan oleh bakteria tersebut.
- Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, elok pilih baju tidur daripada kain kapas sebab ia akan membantu penyerapan peluh yang maksimum. Jadi, jangkitan ruam pada kulit dapat dielakkan. Juga, ia baik untuk kanak-kanak gak.
Nasihat cikla, jangan pandang remeh perkara macam ni. Bukan apa benda yang simple macam nilah kadang-kadang boleh menjadi sebab pada perkara-perkara yang kita tak sangka.
Beringatlah sebelum kena.
Beringatlah sebelum kena.
Sumber info from Majalah Wanita.
0 comments: