Wah, rasanya inilah tajuk entri cikla yang paling panjang kot. Hehe. Takpelah. Janji apa yang cikla nak kongsikan berguna dan manfaat kat kita semua terutama ibu-ibu comel yang sedang hamil. Sebab cikla rasa info ni penting sangat untuk kita tau.
Ada orang cakap ibu hamil tak sesuai pakai tali keledar semasa memandu, sebab ia boleh membahayakan baby dan bimbang ia akan menghalang bahagian abdomen.
Selain itu, ia boleh memberi tekanan berlebihan pada perut dan baby, malah menjadi lebih teruk kalau berlaku excident.
Sebenarnya tanggapan di atas tak benar. Tidak memakai tali keledar sudah tentu akan mengundang bahaya.
Ada beberapa FAKTA yang boleh dikaitkan dengan penggunaan tali keledar untuk ibu hamil.
Ibu hamil : mengundang bahaya jika tidak pakai tali keledar. Sumber Google. |
- Kajian membuktikan lebih selamat untuk ibu hamil memakai tali keledar sebagai langkah keselamatan awal jika berlaku apa-apa yang tak diduga.
- Memakai tali keledar mungkin tak selesa tapi demi keselamatan si ibu dan baby, berpeganglah pada kenyataan ini. Tali keledar mengurangkan risiko bahaya.
- Tali keledar bukan penyebab komplikasi kehamilan, tapi bertindak sebagai penyelamat jika berlaku apa-apa yang tak diingini.
- Sehingga kini tak ada bukti menunjukkan penggunaan tali keledar meningkatkan risiko kecederaan pada baby.
- Air ketuban yang mengelilingi baby dalam kandungan berupaya melindunginya dari hentakan sewaktu kemalangan berlaku.
- Salah di sisi undang-undang kalau tak pakai tali keledar melainkan memiliki surat yang disahkan oleh doktor, atas sebab pengecualian perubatan.
Panduan yang mungkin berguna untuk ibu hamil semasa menggunakan tali keledar.
- Tali bahagian riba letak di bawah perut dan melintang atas peha. Walaupun sendat sedikit tapi selesa. Jangan letak tali bahagian riba di atas perut.
- Laras posisi semasa duduk. Tali bahagian atas melintang bahu tapi tak menggangu leher.
- Tali bahagian atas harus melintangi bahagian kolar dan berada di antara payudara supaya tak mencekik leher.
- Jangan letak tali bahagian atas ke belakang atau selit di bawah lengan.
- Kalau kenderaan ada beg udara, tolak kerusi ke belakang supaya tidak terlalu dekat dengan bahagian yang menempatkan beg udara.
- Pakai tali keledar seketat mungkin sebab bila berlaku kemalangan, daya hentakan boleh diserap oleh susuk tubuh.
- Elak memakai pakai tebal supaya tali keledar betul-betul rapat pada tubuh.
- Masa drive, sesuaikan tempat duduk pemandu dan stereng supaya kenderaan dapat dikawal sepenuhnya.
- Pastikan berada dalam lingkungan selesa dengan stereng dan pedal dan beri sebanyak mungkin ruang antara stereng dan bahagian tubuh.
Apa yang penting, sentiasa beringat dan cegah sebelum kena. Semoga info ini memberi sedikit ilmu kepada ibu-ibu hamil khasnya.
Sumber kredit to Majalah Wanita/catatankehamilan.
0 comments: