Bahaya kuku panjang.

Kalau nak cerita pasal kuku panjang ni, mesti nak kaitkan dengan perempuan kan? 

Mana taknya, memang tak boleh dinafikan kebanyakan perempuan yang suka simpan kuku panjang. Cantik katanya sebab mereka fikir dengan menyimpan kuku yang panjang mudah untuk mereka membentuk dan menghiasinya. 

Tapi, kalau macam cikla memang takdenya lah nak bela kuku panjang ni. Lagilah cikla ada baby kecik. Nanti bahaya pulak kat baby. Manalah tau tercakar ke kan, hehe. 

Sebenarnya cikla nak kongsikan beberapa keburukan terutama dari segi kesihatan kalau kita simpan kuku panjang. 

Jangan marah tau pada siapa-siapa yang suka bela kuku panjang, ni cuma info yang cikla nak share je. Just for knowledge. Tapi, memang penting pun untuk kita amik tau.

Bahaya kuku panjang.
Bahaya kuku panjang. Kredit Google. 

Pertama: 

Kuku yang panjang boleh mencederakan diri sendiri sebab mungkin kita mencakar kulit sendiri secara tak sengaja. Macam cikla cakap kat atas, bahaya untuk yang mempunyai baby kecil takut kita akan mencederakan baby secara tak sengaja.

Kedua: 

Jari menjadi tegang sebab kalau kita menaip menggunakan komputer misalnya papan kekunci akan terkena kuku atau dengan kata lain kita akan menaip menggunakan kuku bukannya jari. Keadaan ini lama kelamaan akan menjadikan jari kita menjadi tegang.

Ketiga: 

Kalau kita makan dengan kuku yang panjang kemungkinan bakteria tersembunyi di celah kuku akan masuk ke dalam badan. Itu sebab sebelum makan kita kena basuh tangan. Lainlah kalau kita makan guna sudu dan garpu. Tapi kalau setakat kita basuh tangan je tapi tak potong kuku pun tak boleh gak sebab kuman dan kotoran pada kuku tak akan hilang kecuali kita memotongnya.

Keempat: 

Kuku panjang susah nak bergerak atau memegang benda. Selain itu ia memerlukan penjagaan rapi sebab kalaulah kuku tu patah, bukan saja teruk dan buruk malah menyakitkan.

Kelima: 

Membela kuku panjang boleh membebankan fikiran. Kalau yang ni cikla tak pasti sangat. Mungkin sesetengah orang kot. Dengar macam kelakar pun ada kan. Tapi, mungkin ada sesetengah orang yang terlalu obses menjaga kecantikan termasuklah kecantikan kukunya sampaikan stress nak fikir macam mana nak treat kuku untuk kekalkan bentuk dan keindahannya. Walaupun nampak macam remeh tapi tak mustahil ada kan spesis macam ni.

Walau apapun, kuku mestilah sentiasa dirapikan supaya nampak kemas dan cantik lebih-lebih lagi kaum hawa yang nak kuku yang sempurna untuk melengkapkan kecantikan mereka. Kekadang, orang akan tengok jugak pada kuku untuk menilai sejauh mana tahap kebersihan seseorang itu.

Sumber info from Info sihat (Majalah Wanita 2015).

4 comments:

  1. potong kuku hari jumaat dan tanam.... untuk awet muda... nak kuku panjang ke nak awet muda? mesti nak awet muda kan?? betul tak?

    ReplyDelete
  2. kuku panjang jg bahaya, saya pernah tercalar pada muka selepas bangun tido, sebab tak sedar kot..huhu
    salam perkenalan, jemput dtg blog sy =)

    ReplyDelete
  3. Betul tu ... Tq sudi singgah

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews