Advertisement

Didik anak gosok gigi.

DIDIK ANAK GOSOK GIGI. Pendedahan awal mengenai kepentingan menjaga kebersihan gigi kepada anak sangat penting sebenarnya. Macam anak cikla seawal 2 tahun cikla dah ajar mereka memberus gigi. Tapi, biasalah budak-budak kan. Awal-awal bukan main excited. Pagi, petang, siang malam nak menggosok gigilah pulak. Last last main diaorang duduk dalam bilik air main ubat gigi. Tak pasal-pasal ibunya jadi tarzan jap. Aiseyyy.

Cikla tau, bukan senang nak ajak anak memberus gigi. Kena pandai pujuk rayu barulah diaorang nak. Kadang-kadang sampai ibunya frust sebab tak berjaya nak pujuk diaorang gosok gigi kan... Cikla nak share beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk mendidik our kids menggosok gigi mereka.

Didik anak gosok gigi.
Didik anak gosok gigi. Sumber Google.

Didik anak gosok gigi.

  1. Sebelum menggosok gigi, sediakan berus gigi yang bersaiz kecil dengan pemegang yang besar dan tebal selain bulu yang halus.
  2. Pilih ubat gigi yang sesuai bagi kanak-kanak berusia lebih dari 2 tahun dan letak ikut saiz yang sesuai. Bagi kanak-kanak berusia 1-2 tahun elok jangan gunakan ubat gigi sebab takut tertelan.
  3. Tunjuk cara masa menggosok gigi. Maknanya, berdiri bersama anak depan cermin dan suruh anak ikut cara kita memberus gigi.
  4. Minta anak meniru cara kita memegang dan menggerakkan berus gigi dengan cara memegang tangannya dan arahkan berus ke giginya.
  5. Selepas selesai memberus gigi, minta anak berkumur-kumur dengan air masak supaya tidak cirit-birit jika tertelan air mentah.
  6. Lastly, minta anak bersihkan sisi ubat gigi sekitar mulut. Untuk memupuk kebiasaannya menggosok gigi, selepas selesai berikannya 'hadiah' iaitu ciuman dan pelukan supaya mereka rasa seronok.

Jangan lupa mengajar anak memberus perlahan lidah untuk membersihkannya kerana kadangkala terdapat sisa susu atau makanan pada lidahnya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ajar awal-awal supaya mereka terbiasa dan pandai. 

Info from Majalah Wanita.

Post a Comment

2 Comments

  1. teringat dulu awal-awal kak ana didik anak gosok gigi guna berus yang boleh masuk jari kita tu..hehe :)

    ReplyDelete
  2. jadikan rutin setiap malam kan, memang perlu buat kalau tak alamatnya tak gosok gigilah mereka..

    ReplyDelete