Tips ketika menghadiri rumah terbuka.

Memang kita tak dapat nafikan betapa perlu dan pentingnya kita bersahur demi menjamin kecergasan kita ketika berpuasa di siang hari. Malah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda iaitu apa yang membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani adalah dengan bersahur. 

Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (Riwayat Muslim).

Di samping itu, Nabi Muhammad SAW juga bersabda, pada sahur itu ada keberkatan. Bersahurlah walaupun dengan seteguk air dan sebiji tamar. 

Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim).

(Kredit HERE.)

Tips ketika menghadiri rumah terbuka.
Tips ketika menghadiri rumah terbuka. Kredit Google. 

Sebenarnya, cikla nak share satu infotips berkaitan dengan bersahur ni, iaitu makanan terbaik/sesuai untuk kita ambil supaya kecergasan diri dapat dikekalkan sehinggalah kita berbuka nanti.

Antara infotipsnya adalah :

  • Ambil makanan yang lambat hadam iaitu makanan yang mengandungi banyak serat. Makanan yang dihadamkan secara perlahan dapat bertahan selama 8 jam, tetapi makanan yang cepat dihadam hanya bertahan antara 3-4 jam sahaja. Contoh makanan lambat hadam adalah bijirin dan bijian (barli, oat, gandum, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kekacang, nasi perang dan lain-lain). Ia juga dikenali sebagai karbohidrat kompleks. 
  • Makanan yang kaya serat pula adalah mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirN dan bijian, oat, nasi ulam, sayuran (kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi), buahan kering (aprikot, buah tin, kurma, prun dan badam). 
  • Manakala, makanan yang cepat hadam adalah seperti makanan bergula yang dipanggil karbohidrat ringkas. Contohnya adalah kuih muih, minuman sirap, kordial dan minuman tin. Jika ia diambil berlebihan akan menyebabkan kita mudah merasa letih/lesu selepas makan. 
  • Selain itu, pengambilan makanan bergoreng juga tak digalakkan. Ini kerana ia boleh menjejaskan sistem penghadaman yang boleh menyebabkan rasa pedih perut dan masalah berat badan.

Cikla harap info tips ni akan dapat memberi kita pengetahuan dalam memilih makanan semasa bersahur. Bersahur dengan sempurna akan dapat membekalkan tenaga secukupnya kepada kita sepanjang kita berpuasa di siang hari. 

Sumber info: Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews