Macam mana nak tambah susu ibu.

Memberi anak minum susu ibu adalah anugerah dan pengalaman berharga bagi IBU terutama ibu yang pertama kali merasa pengalaman itu. Sebenarnya, walaupun di bulan puasa, ibu tetap boleh teruskan memberi anak susu badan. Ramai ibu yang risau bila berpuasa susu badan akan berkurangan. 

Kerisauan ini juga akan turut mempengaruhi jumlah susu yang mampu dikeluarkan. Jadi, cikla nak share beberapa tips untuk menambahkan susu ibu walaupun si ibu sedang berpuasa.

Macam mana nak tambah susu ibu. 

Beri anak susu badan secara kerap terutama pada waktu malam. Cara ini dapat menggalakkan pengeluaran susu dengan baik.

  1. Kekalkan waktu perahan susu macam biasa (seperti sebelum bulan puasa) dan kaedah yang betul untuk menggalakkan permintaan terhadap susu diteruskan sampai berakhirnya Ramadan. Waktu yang disarankan untuk mengepam susu adalah pada waktu malam dan sebelum sahur. Pada waktu siang, pam susu ikut waktu biasa seperti sebelum ini.
  2. Ibu haruslah kreatif melakukan pelbagai kaedah penyusuan termasuklah perahan susu ikut kesesuaian tubuh masing-masing.
  3. Ambil makanan yang seimbang dan sihat (seperti bijiran dan sayuran hijau) serta pengambilan banyak air kosong penting untuk pastikan kualiti susu dikeluarkan lebih baik. Elak ambil makanan tak berkhasiat.
  4. Minum air masak sebelum dan selepas menyusukan anak untuk elak kekurangan air. Minum air dengan banyak pada waktu malam untuk mengganti cecair yang hilang sepanjang berpuasa.
  5. Terus memberi susu badan dan sentiasa berfikiran positif serta yakin susu dapat dikeluarkan macam biasa.

Apa yang penting, bagi cikla jangan jadikan alasan berpuasa untuk ibu tak menyusukan anak mereka. 

Semuanya bermula dari diri sendiri dan sentiasa tekad untuk memberi anak minum susu badan. Positifkan diri anda.

*sumber info: hmetro.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews