Miskin dunia, kaya akhirat.

Miskin... Cikla percaya sesiapa di dunia ni mesti tak nak miskin. Tapi, jangan ingat miskin tu hanya kepada miskin harta benda. 

Miskin juga kita boleh tengok dari segi ukuran keimanan kita kepadaNya, kealpaan kita kepada semua suruhan dan laranganNya serta bagaimana kita menunjukkan tingkahlaku kepada orang sekeliling kita.

Miskin dunia, kaya akhirat.
Miskin dunia, kaya akhirat.

Ada orang memanglah dari segi luarannya kaya-raya. Dengan rumah tersergam indah bagai istana, kereta mewah megah berderet-deret dan wang ringgit berkoyan-koyan, tapi hakikatnya dalamannya kosong. 

Dia punya segalanya tapi masih rasa tak cukup. Susahkan kalau macam tu? Walau macam manapun, memang tak dinafikan tak semua macam tu, tapi tak mustahil memang ada kan?

Bagi cikla, biarlah kita berumah kecil tapi kita sentiasa merasa cukup dan bersederhana dengannya. Apa yang penting harta yang akan kita "bawa" nanti lebih lumayan dan berharga dari harta dunia yang nyata hanya pinjaman.

Kalau kita kaya dunia dan kaya akhirat itu adalah bonus dan rezeki dari Allah. Tapi andai kita tidaklah sekaya mana, percayalah rezeki Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya yang tak jemu berdoa dan berusaha untuk memperbaiki diri. 

Sama-samalah kita saling ingat-mengingati kerana takde manusia yang sempurna dan kita semua saling melengkapi. Insya'Allah.

*Kredit image to Facebook.com.

2 comments:

  1. Anonymous04 July, 2014

    Slam.jumaat cikla...biarlah kita miskin harta jgn miskin almal ibadat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm jumaat kembali cik Mimi... Setuju sgt dgn statement cik Mimi tu....

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews