Pray for MH370....

Rata-rata, setiap hari berita mengenai perkembangan kehilangan aircraft ni rancak diperkatakan. Honestly, cikla memang terkejut bila tahu pasal ni. 

Macam tak percaya kan, tapi hakikatnya begitulah. Cikla pun tak pernah terlepas peluang mengikuti perkembangan kejadian ni.

Pray for MH370....
Pray for MH370.... Gambar hiasan.

Dah lebih 15 hari MH370 ni hilang. Bermula dari kehilangan tiba2 dari radar sehinggalah pengumuman PM kita mengenai perjalanan terakhir aircraft ni di Lautan Hindi selatan. Bermacam spekulasi yang kita dengar mengenai apa yang sebenarnya terjadi. 

Memanglah kita tak kenal pun semua penumpang dan anak kapal yang menaiki MH370. Tapi, atas dasar kemanusiaan dan rasa belas kasihan, cikla rasa amat sedih dan terkesan dengan kejadian ni.

Pray for MH370....
Pray for MH370.... Gambar hiasan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pada ahli keluarga mangsa, banyakkanlah bersabar dan redha dengan ketentuan dariNya. 

Kita hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka, kerana sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.

Semoga Allah memudahkan segala usaha dalam pencarian MH370 dan semoga kita semua berada dalam lindungan rahmatNya. Aamiin!

#letsPRAYforMH370

1 comment:

  1. Anonymous24 July, 2014

    innalillahi wainna ilaihi raajiiun utk mereka beragama Islam

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews