Selamat Menyambut Lebaran....

By Cikla Shahril - July 25, 2014

Tinggal beberapa hari lagi kan kita nak menyambut hari raya. Hari kemenangan bagi semua umat Islam setelah sebulan berpuasa. Rasa macam kejap je Ramadan tahun ni. Semoga kita diberi kesempatan untuk merasai manisnya Ramadan pada tahun depan. Aamiin.

Dikesempatan ni, cikla nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada sahabat blogger semua. Walaupun kita tak pernah bersua muka, hanya berkomunikasi di blog sahaja, pasti ada salah silap dan tersalah bahasa sampai menyinggung hati sahabat semua yang mungkin cikla tak sedar. Maklumlah, cikla hanya insan biasa yang terlepas dari kesilapan.

Selamat Menyambut Lebaran.....
Selamat Menyambut Lebaran....


Mana-mana yang dah mula nak balik kampung tu, berhati-hati dalam perjalanan. Ingatlah orang tersayang yang tengah menunggu di kampung. Dan yang paling penting, dalam kita menikmati kemeriahan menyambut raya, jangan lupa pada golongan yang serba kekurangan. Dan pada saudara-saudara kita di Gaza serta seluruh umat islam diserata dunia. Semoga mereka semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Aamiin. 

Cikla harap semuanya akan berbahagia di hari lebaran yang bakal tiba dan sentiasa dirahmati oleh taufiq dan hidayahNya. Aamiin Aamiin ya Rabbal' alamin. 

Pergi ke pasar membeli ikan,
Beli juga sekilo longan,
Selamat hari raya cikla ucapkan,
Salah dan silap harap dimaafkan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Replies
    1. SLM aidilfitri. Ampun maaf dipinta kalau ada salah silap.... 0-0

      Delete