Musim rambutan pulak....

Sebelum ni cikla ada share entri pasal pokok durian pak mertua cikla yang julung-julung kalinya berbuah. Haa, kali ni cikla nak share plak pokok rambutan yang sedang rancak menghasilkan buahnya. Hehe. Rezeki Allah. Syukur alhamdullilah. 

Gambar kat bawah tu adalah salah satu pokok rambutan yang ada. Kalau diikutkan keliling rumah ada pokoknya. Dan semua menghasilkan buah.

Musim rambutan pulak....
Musim rambutan pulak....

Tapi tu la, buahnya masak selang-seli. Ada yang dah merah. Ada yang kuning. Malah ada yang putik lagi. Macam kat dalam gambar kat bawah ni.

Musim rambutan pulak....
Musim rambutan pulak....

Kat pasar pun rasanya banyak orang jual buah ni. Tak silap cikla 3 kilo RM10 rasanya. Tapi, kalau dah ada pokok sendiri lagi puas makan kan? Tak yah beli-beli. Hehe. Lagipun, Cikla ni memang suka sangat makan buah rambutan ni. Favorite ler katakan. 

Pak mertua cikla pulak suka kopek kulitnya, rebus sekejap pastu letak dalam fridge. Wah. Sedap tau makan sejuk-sejuk. Dah macam buah laici dah. Nyumm nyummm.

Jaga diri semua. Jangan puasa yangyok tau. 

*Syukur. Dah masuk hari ke-5 Ramadan. Ibu mengandung ni masih mampu bertahan menjalani ibadah puasanya. InshaAllah, nak puasa penuh tahun ni. Aamiin! Peace yo'!

4 comments:

  1. Anonymous04 July, 2014

    lebatnya rambutannnnnn....nak.nak

    ReplyDelete
  2. Husihhh. Mcm dusun la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe... Meh la dtg.. Kait sendiri... Hehehehehe...

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews