05 September 2017

# kisah aku dan tiroid

SEPTEMBER : Bulan Kesedaran Kanser Tiroid.

SEPTEMBER : Bulan Kesedaran Kanser Tiroid. | Tengah-tengah syok scroll news feed fb, cikla terpandang pulak post oleh MAKNA  atau nama panjangnya Majlis Kanser Nasional. Rupanya bulan ni merupakan bulan kesedaran kanser tiroid. 

SEPTEMBER : Bulan Kesedaran Kanser Tiroid.

Kalau korang nak tau, kanser tiroid adalah kanser yang paling tak merbahaya dalam dunia kalau nak dibandingkan dengan kanser lain sebab dikatakan survival rate untuk pesakit kanser tiroid adalah mencapai 99% untuk sembuh. So, peluang untuk clear dan sembuh dari penyakit ini adalah cerah, tapi dengan syarat kita segera menjalani rawatan bila sudah didiagnosis. Para doktor mesti tau apa yang terbaik untuk kita. Insha Allah, kesembuhan pasti menjadi milik kita. 

Walau apapun, kanser tetap kanser kan, betul tak? Tak boleh nak pandang ringan. Sedangkan orang dengar perkataan kanser pun dah gerun dan kecut perut, inikan pulak orang yang menghidapinya. Lagipun, semua penyakit pun pasti ada risikonya. Bagi diri cikla sendiri, masa mula-mula doktor cakap cikla suspek kanser pun dah tergamam seribu bahasa. Tak taulah masa tu nak menangis meraung ke, sebab memang cikla diam dan blur. Tapi, depan suami memang berjuraian air mata. Huhu. Entah kenapa, bila tengok muka suami, terus touching pulak hati ni. Sob sob sob... 

Tapi sekarang dah tak sedih dah. Cikla rasa lebih tenang. Sekarang pun cikla masih dalam rawatan lagi. Insha Allah, awal tahun depan, cikla akan menjalani rawatan RAI untuk kali kedua tapi dos rendah je (kuarantin kat rumah). Cikla sekarang lebih positif, dan percaya semua ujian yang diberikan ni ada hikmahnya. 

SEPTEMBER : Bulan Kesedaran Kanser Tiroid.
Sumber Google. 

Pada sahabat senasib, ikutlah apa yang doktor sarankan demi kebaikan kita jugak. Apa yang penting kita kena sentiasa POSITIF dan bersangka baik. Jangan mudah menyalahkan DIA kerana memberi kita ujian ni. Anggap ini sebagai tanda sayang DIA pada kita. 

"Allah tak akan memberikan ujian kepada hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya itu sendiri..."

Selamat memanfaatkan bulan kesedaran kanser tiroid ni. Semoga kita akan diberi kesembuhan dan menjalani hidup yang ceria bersama yang tersayang... 

BE POSITIVE, AVOID NEGATIVE... ❤️❤️❤️

1 comment:


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.