Ada orang, peti ais dia yaa ampun punyalah padat dengan segala benda. Kalau boleh semua barang dia nak sumbat kat dalam tu. Sayur, buah, sos, telur dan segalanyalah, semuanya bercampur aduk. So, sukalah di sini cikla nak share macam mana nak susun atau menguruskan peti ais kat rumah tu dengan teratur. Bukan apa, mudahlah sikit kalau kita nak cari apa-apa kan? Takdelah terpaksa nak keluarkan semua, baru jumpa barang yang dicari. Kalau nak tau, jom baca sampai habis.

Macam mana nak menguruskan bahan-bahan dalam peti ais dengan betul?
Macam mana nak menguruskan bahan-bahan dalam peti ais dengan betul? Kredit Google.

Berikut  merupakan pengurusan peti ais yang betul untuk bahan-bahan:

SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)

Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis "refrigerate after opening". Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat dekat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So, nak simpan dekat mana? Dekat bahagian pintu peti ais.

SUSU

Ok, next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason, tu belum lagi kalau terambil atau terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah pulak nanti kang.

Susu segar atau susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan dekat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tak stabil, berubah-ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh menyebabkan susu cepat rosak.

TELUR

Cara menyimpan telur dengan betul ada dua cara.

1. Simpan di luar peti ais.

- Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab. Pertama, ada tarikh best before dicetak pada bekas telur. Kedua, telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum di mana telur kuning dia berada di tengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date).

- Jangan dibasuh telur tu, sebab dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.

- Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.

2. Simpan dalam peti ais (chiller).

- Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.

- Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.

- Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.

UBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label "keep in dry and cool place" bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.

So, nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet atau pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. Pentingnya bila bukak tutup ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.

Moga bermanfaat ya. 

Kredit info to Owner.