'Santai Tapi Sampai'

21 January 2024

26 sifat sombong yang sering ada pada diri kita tapi kita tak sedar.

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain sebab orang yang sombong tak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong susah nak terima pandangan orang lain walaupun hatinya rasa pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengan dia je.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Maknanya, dia suka orang yang nak dengar kata-katanya je.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong masa dalam perbincangan, suka tinggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong masa dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong susah nak memaafkan orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar nak minta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi tak kiralah cara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa sebab dia perlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tak suka menerima tetamu atau tak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung kalau disebut kelebihan orang lain didepannya tapi jika dipuji, dia sangat gembira.

26 sifat sombong yang sering ada pada diri kita tapi kita tak sedar.
26 sifat sombong yang sering ada pada diri kita tapi kita tak sedar.

Sabda Rasulullah SAW, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi." - (Hadis riwayat Muslim)

Semoga memberi manfaat.

Kredit : facebook Ustaz Iqbal Zain.

3 comments:

  1. Tk perkongsiannya
    Mudah2an kita dijauhi daripada sifat sombong ini

    ReplyDelete
  2. moga dijauhkan dgn sifat sombong begitu aminnnn

    ReplyDelete
  3. Semoga kita selalu diingatkan, dan dijauhkan dari sifat2 sombong begini ☺️.

    ReplyDelete