Selain dari pengambilan ubat untuk melegakan lenguh, ada beberapa petua untuk melegakan rasa tak selesa yang korang alami tu. Petuanya pun mudah diikuti dan bahan-bahan yang digunakan jugak mudah didapati.


Bawang merah.

Ambil 7 ulas bawang merah dan ditumbuk. Masakkan dengan kira-kira 6 camca besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakan minyak itu untuk menggosok di sendi-sendi yang sengal itu.

Halia.

Ambil dua ketul halia kira-kira 10 cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira-kira 2 camca teh. Halia diparut dan ditumbuk, dibubuh sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya dan bubuh dalam gelas. Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga sebati. minumlah 2 kali sehari. Insyaallah sembuh.

Lada hitam.

Lada hitam kira-kira 20 biji ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosokkan pada sendi-sendi yang lenguh itu.

Daun lengkuas.

Daun lengkuas kira-kira 5 helai, daun serai wangi 3 helai, daun kunyit 5 helai dan daun jerangau 5 helai lalu direbus semuanya dalam satu periuk dengan airnya kira-kira 2 gelen. Gunakan air itu untuk mandi pagi dan petang.

Berurut juga perlu untuk melegakan lenguh badan. Jangan lupa untuk bersenam juga ye. Begitulah antara beberapa petua mudah untuk melegakan lenguh-lenguh badan.

Selamat mencuba.