Hari atau waktu mustajab untuk berdoa.

Waktu Solat:

1 - Diantara azan dan iqamah.
2 - Ketika berdiri memulakan dan sesudah selesai solat.
3 - Ketika sujud dalam solat.
4 - Ketika iktidal akhir dalam solat.
5 - Selepas solat Subuh, sebelum terbit matahari.
6 - Diantara waktu Zohor dan Asar dan selepas waktu Asar.
7 - Setiap lepas solat fardhu.

Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya ialah ketika sujud. Maka perbanyaklah doa (di waktu itu).” - (H.R. Muslim)

Waktu Malam:

1 - Malam Jumaat.
2 - Malam 10 Muharam.
3 - Malam Nisfu Syaaban.
4 - Malam Lailatul Qadar.
5 - Malam Aidilfitri.
6 - Malam Aidiladha.
7 - Di Pertengahan malam paling utama di sepertiga malam yang akhir (di waktu sahur).

Rasulullah SAW bersabda: “Pada tiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir lalu Allah berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, pasti akan Ku kabulkan, dan siapa yang memohon kepadaKu, pasti akan Ku beri, dan siapa yang mohon ampun kepadaKu pasti akan Ku ampuni.” - (HR. Malik, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Hari atau waktu mustajab untuk berdoa.
Hari atau waktu mustajab untuk berdoa. 

Hari:

1 - Sepanjang Hari Jumaat.
2 - Hari Arafah.
3 - Ketika Bermusafir.
4 - Ketika Berpuasa Dan Ketika Berbuka Puasa.
5 - Sepanjang Hari Dalam Bulan Ramadan.
6 - Waktu ijabah Pada hari Jumaat, iaitu antaranya:

i.   Antara ‘Subuh Saadiq’ sehingga waktu Syuruk.
ii.  Waktu Imam membaca Fatihah sehingga  ‘Aamiin’.
iii. Selepas Zawal hingga tergelincir sedepa matahari.
iv. Semasa Imam bangun untuk membaca khutbah sehingga selesai solat Jumaat.
v.  Antara waktu Asar sehingga terbenam matahari.

Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah, perbanyakkanlah berdoa.” - (HR. Ahmad)

Aamiin.

3 comments:

  1. alhamdulillah., terimakasih atas infonye., aminn

    ReplyDelete
  2. tak pernah tahu banyak waktu2 mustajab utk berdoa ni

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews