Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam ayat terakhir dari surah Al-Hasyr.
Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifatNya yang menjadikanNya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hambaNya.
Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 22-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, dia akan;
1. Mendapat rahmat Allah SWT.
2. Allah SWT menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr.
1. Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata, Nabi SAW telah bersabda :
“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”
2) Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
3) Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah SWT mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a)
Walaupun hadis di atas dianggap lemah tapi kita boleh menyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah.
Hanya dengan membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24) yang mudah ini, para malaikat akan berselawat.
Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki Jannah kelak. Aamiin.
Tk perkongsian bermanfaat
ReplyDeletesama sama
DeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama sama
Deletedalam al-ma'thurat kubra ayat ni juga termasuk...
ReplyDeleteterima kasih berkongsi👍👍