Jantung adalah salah satu organ terpenting dalam badan kita. Untuk pengetahuan korang, jantung adalah organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Kalau korang nak tau lagi, dalam badan kita ni, jantung duduknya di sebelah kiri sikit dari tengah dada dan di belakang tulang dada atau sternum. Jantung jugak diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa beratnya around 300 gm hingga 350 gm, dan ia terdiri dari empat ruang, iaitu dua ruang atrium di atas dan dua ruang ventrikel di bawah. (Rujukan : ms.wikipedia.org)
Apa kata kita buat dan ikut tip-tip di bawah ni untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang. Gitu, hihi.
Nak tau tip penjagaan kesihatan jantung? Meh baca ni. Kredit Google. |
KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT.
Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Korang disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT korang melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah korang.
KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL.
Buat pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.
AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG.
Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman, contohnya ikan Salmon atau sardin 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana ia merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung kita. Di samping itu, adalah digalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.
KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL.
Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang korang suka dan tingkatkan kekerapan korang mengikut masa. Korang boleh jugak, minum Anlene Heart-Plus™ setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet seimbang anda. Anlene dirumus khas dengan kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan jantung anda.
PENGURUSAN STRES.
Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Korang digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.
Moga bermanfaat dan sayangilah jantung korang.
senaman utk kesihatan ., hehe
ReplyDelete