Petua legakan lenguh badan. Jom cuba sendiri.

Selain dari pengambilan ubat untuk melegakan lenguh, ada beberapa petua untuk melegakan rasa tak selesa yang korang alami tu. Petuanya pun mudah diikuti dan bahan-bahan yang digunakan jugak mudah didapati.


Bawang merah.

Ambil 7 ulas bawang merah dan ditumbuk. Masakkan dengan kira-kira 6 camca besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakan minyak itu untuk menggosok di sendi-sendi yang sengal itu.

Halia.

Ambil dua ketul halia kira-kira 10 cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira-kira 2 camca teh. Halia diparut dan ditumbuk, dibubuh sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya dan bubuh dalam gelas. Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga sebati. minumlah 2 kali sehari. Insyaallah sembuh.

Lada hitam.

Lada hitam kira-kira 20 biji ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosokkan pada sendi-sendi yang lenguh itu.

Daun lengkuas.

Daun lengkuas kira-kira 5 helai, daun serai wangi 3 helai, daun kunyit 5 helai dan daun jerangau 5 helai lalu direbus semuanya dalam satu periuk dengan airnya kira-kira 2 gelen. Gunakan air itu untuk mandi pagi dan petang.

Berurut juga perlu untuk melegakan lenguh badan. Jangan lupa untuk bersenam juga ye. Begitulah antara beberapa petua mudah untuk melegakan lenguh-lenguh badan.

Selamat mencuba. 

4 comments:

  1. lagi satu saya suka guna minyak bunga cengkih.. sedap baunya hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsikan tips yang bermanfaat ni!

    ReplyDelete
  3. Biasanya suami saya suka pakai minyak urut yg ada kandungan cengkih, pepper dan macam2 rempah lain. Jadi mungkin cara di atas yg pakai minyak untuk diurut ke badan, dia mau pakai. Tapi kalo dah bab disuruh minum, susah biasanya minta dia minum ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews