Tip hilangkan kesan gigitan nyamuk dengan mudah.

Kalau kerap kena gigit nyamuk ni bahaya jugak kan, lagi-lagi kalau budak-budak. Bukan apa, takut terdedah pada penyakit bahaya macam denggi, malaria dan chikukunya. Selagi kita boleh elak dari digigit makhluk yang satu ni, elok lah kita berikhtiar. 

Bila dah kena gigit, haaa berbintat merah sana sini. Bayangkanlah kalau baby yang kena. Kesian kan. Tu belum lagi nak layan gatal dia. Tergaru-garu dah sampai merah-merah. 

Sebenarnya, banyak je petua orang lama terutamanya yang kita boleh cuba nak hilangkan kesan akibat kena gigit nyamuk ni. Meh, cikla nak share 3 petua mudah je. Jom baca sampai habis.

Tip hilangkan kesan gigitan nyamuk dengan mudah.
Tip hilangkan kesan gigitan nyamuk dengan mudah. Gambar diubahsuai dari carian Google. 


Petua 1

Ambil kapur makan tu, kemudian calit (nipis je) pada tempat gigitan tu. Gosok-gosoklah sikit masa sapu tu.

Petua 2

Guna Bio-Oil. Jujurnya, bio oil ni memang elok la sebab dulu cikla pernah guna. Nak hilangkan parut strechmark pun bagus dia ni. Tapi harga dia boleh tahanlah gak, cari he dekat farmasi banyak je jual.

Petua 3

Ambil  1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, pastu campurkan keduanya. Tapi, jangan biarkan garam tu sampai larut. Lepas tu, ambil garam yang basah tu then sental di bahagian yang terkena gigitan. InshaAllah, lama-lama rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.

Senang je kan petua tu semua. Tapi, cikla nak tambah satu lagi tip. Guna minyak urut moden MMG je. Kalau baby ke, kanak-kanak ke sapu nipis-nipis je. Ulang-ulang sapu, InshaAllah lama-lama bintat pun hilang. Kesan pun ghaib sekali. 

Tip hilangkan kesan gigitan nyamuk dengan mudah.
Tip hilangkan kesan gigitan nyamuk dengan mudah. 


Tip hilangkan kesan gigitan nyamuk dengan mudah.
Tip hilangkan kesan gigitan nyamuk dengan mudah. 


Tip hilangkan kesan gigitan nyamuk dengan mudah.
Tip hilangkan kesan gigitan nyamuk dengan mudah. 

<Untuk order atau sebarang pertanyaan, klik link berikut 

Sumber T.me/PetuaDanKesihatan. 

1 comment:

  1. Bagus ni, takut jugak lepas digigit nyamuk akan jadi kudis

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews