27 January 2020

Checkup pregnant 15 weeks. Thyroxine kena tambah dose lagi. Bertabahlah.

Alhamdullilah, diam tak diam dah 16 weeks dah sekarang usia kandungan cikla. Syukurlah. Semoga baby ibu sihat sehingga dilahirkan. Aamin. 

Hurmm, cikla nak share kisah checkup masa 15 weeks lepas. Bulan ni 4 appointment yang cikla kena pergi. Satu monthly checkup di klinik kesihatan Jenjarom (KKJ), pastu 3 lagi dekat hospital. IKN dengan hospital Putrajaya. 

Appointment dekat hospital ni lebih kepada pantau pada  kes tiroid yang cikla hadapilah. Dekat KK, checkup mengandung macam selalu.

Ritu, masa appointment di IKN cikla bagitau doktor yang cikla pregnant. Alhamdullilah, doktor cakap ok je nak pregnant. Lagipun cikla dah habis buat rawatan RAI lebih dari 6 bulan dah. 

So, kalau nak pregnant selamatlah. Dah appointment dekat IKN ni doktor hold sehingga bulan 10 lepas cikla bersalin nanti. Oklah kan, kurang dah 1 appointment kena pergi. Hihi.

Checkup pregnant 15 weeks. Thyroxine kena tambah dose lagi. Bertabahlah.
Checkup pregnant 15 weeks. Thyroxine kena tambah dose lagi. Bertabahlah.  Gambar dari carian Google. 

23hb hari tu, cikla pergi ke HPJ untuk review TFT selepas sebulan first time dinaikkan dose (satu ahad kena amik 150mcg, isnin sampai Jumaat maintain 100mg), result terbaru tunjuk result tsh tinggi wehh. 

Sebelum ni 0.5, latest 0.7, walaupun bacaan T4 cantik cun melecun. Kalsium pun lawa bacaan dia. Doktor tanya, cikla ada skip ubat ke apa. 

Ehh, since kena makan thyroxine ni memang tak pernah skip. Memang taat makan tau. Siap tunggu 2 jam lagi, baru breakfast

So, based pada result latest tu, doktor decide naikkan dose thyroxine yang cikla amik until weekdays. So, kenalah up ke 125mcg. Weekend maintain 150mcg jugak. 

Doktor cakap, sebab cikla positive lymphovascular invasion, so bacaan tsh cikla kena <0.1. Jangan tanya lebih tau pasal ni, sebab cikla tak clear sangat lagi. So, kita ikut ajelah nasihat doktor ye.

So, kita tengok appointment next ni macam mana pulak result dia. Cun ke idok. Hihi. Apa pun, doakan semuanya baik-baik aje ok. Hari ni dah 16 minggu 2 hari dah. 

Checkup pregnant 15 weeks. Thyroxine kena tambah dose lagi. Bertabahlah.
Checkup pregnant 15 weeks. Thyroxine kena tambah dose lagi. Bertabahlah. 

Kalau bab susah nak nafas tu, ye rasa jugaklah kadang-kadang. Tapi takdelah sampai rasa teruk sangat. Alhamdullilah, ok je. 

Checkup pregnant 15 weeks. Thyroxine kena tambah dose lagi. Bertabahlah.
Checkup pregnant 15 weeks. Thyroxine kena tambah dose lagi. Bertabahlah. 

Ye, masalah kulit kering dan menggelupas yang cikla alami rasa macam makin worse. Memang kena selalu sapu losen, nak bagi kulit tu lembap. Kalau tak, kering sesangat sampai luka luka. Sakit ooo. 

Nanti cikla share lagi ye. Daaa. 

4 comments:

  1. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan 😁

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkan semuanya untuk akak

    ReplyDelete
  3. Semoga baby dan ibunya sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan kelahiranya nanti.

    ReplyDelete
  4. Tak sabar pulak tunggu baby Cik La. Hehe

    ReplyDelete