Apa hukum terlepas kata-kata mengaibkan suami atau isteri sendiri?

By Cikla Shahril - January 12, 2020

APA HUKUM TERLEPAS KATA-KATA MENGAIBKAN SUAMI ATAU ISTERI SENDIRI? Kadang-kadang bila seseorang tu melepak sambil borak borak kosong dengan geng geng makcik pakcik bawang, dengan tak sengaja dia 'meluahkan' masalah atau apa saja hal berkaitan dengan famili termasuklah suami atak isteri sendiri. Apakah hukumnya ye?

Menurut Ustaz Mustafar Mohd Suki, asal hukum mendedahkan aib sesiapa pun tak kiralah diri sendiri, famili, sahabat termasuk suami atau isteri adalah DILARANG sebab ia boleh menjadi punca kepada dosa, perbalahan dan permusuhan.

Dari riwayat Imam Muslim (Hadis sahih), baginda Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah sorang hamba menutup aib seorang yang lain di dunia melainkan Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat."


Apa hukum terlepas kata-kata mengaibkan suami atau isteri sendiri?
Apa hukum terlepas kata-kata mengaibkan suami atau isteri sendiri? Gambar dari carian Google. 

Khususnya, mendedahkan aib suami atau isteri merupakan satu larangan daripada baginda Nabi. Sabda baginda dalam Hadis sahih, Riwayat Muslim," Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersetubuh dengan isterinya, kemudian membuka rahsia isterinya itu."

Walaupun hadis ni bersifat khas, tapi ia dipakai secara umum, maknanya semua aib dan kekurangan suami atau isteri adalah haram didedahkan kepada orang lain. So, semoga kita semua sentiasa berhati-hati dalam setiap percakapan terutamanya supaya tak mengaibkan sesiapa. Kalau tak sengaja melakukannya, cepat-cepat beristighfar dan mohon maaf kepada mereka yang berkenaan.

Waallahualam. 

Sumber : Ruangan Soal Jawab Agama oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki (pendakwah dan penulis). 

  • Share:

You Might Also Like

1 Orang yang komen.

  1. Allahu. Terima kasih atas perkongsian. Semoga kita semua menjaga pertuturan kita. Aamiin

    ReplyDelete