Haaa, camni situasi dia. Haha. 

Nak tau tak macam mana rupanya dalam grup wasap kelas anak-anak zaman 2020 ni?
Nak tau tak macam mana rupanya dalam grup wasap kelas anak-anak zaman 2020 ni?  Gambar dari carian Google. 

Cikgu:  Esok bawa pensel warna. 

Mak 1: ok cikgu. Tq.

Mak 2: Brand ape pun tak kisah kan cikgu?

Mak 3: Seeloknya jenama Luna, sebab kualitinya cantik.

Mak 2: Tapi haritu dah terbeli yang jenama Swan.

Ayah 3: Cikgu, boleh mintak jadual. Jadual anak saya hilang.

Mak 1: kan jadualnya cikgu ada bagi kat atas-atas tu, cuba scroll.

Ayah 3: tu jadual kelas ni ke?

Mak 3: Sy ada letak jadual dalam beg anak saya. Tapi anak saya cakap Muzamil koyakkan. Bukan marah tapi saya sangat sedih sebab anak saya baik tak pernah kacau orang. Kat rumah dia selalu tolong kemas stor dan cuci pinggan mangkuk. Harap parent lain dapat nasihatkan anak-anak ye.

Ayah 4: saya ayah Muzamil. Muzamil cakap dia tak buat.

Mak 3: so encik ingat saya buat ceritalah? Saya tak kisah pun tapi saya tau anak saya camna. Jangan  ingat saya tak tau apa yang berlaku kat sekolah. Anak saya selalu balik mengadu macam-macam!

Ayah 4: saya mak Muzamil. Hey pompuan, cakap elok sikit! %/@=-+)/(44:+)75)@+44) you!

Mak 5: open order karipap frozen janda belakang rumah, satu pax rm10.

Mak 6: cikgu esok sabtu sekolah cuti kan?

Ayah 2: cikgu, nanti asahkan colour pensil anak saya, pengoreknya hilang ni.

Mak 7: *sent voicemail
Mak 7: *sent voicemail
Mak 7: *sent voicemail
Mak 7: sorry anak main fon.
Mak 7: _This message has been deleted_

Ayah 8: maaf, saya ayah Hamzah. Hamzah cakap  cikgu kelas baik orangnya. Macam bekas isteri saya. Kalau ada masa reply pm saya ye cikgu. Bukan apa, nak tanya kerja rumah je. Lagipun saya ajak cikgu naik kereta  petang tadi cikgu taknak. Ye saya faham kereta saya kecik, tapi percayalah cikgu, saya sanggup berusaha lebih demi kita.

Cikgu :  _Cikgu kelas has left the group_

Pening kepala cikgu. Ishh ishh ishh, ingat senang ke jadik cikgu. Haha. 

#copyfromgrupwasap