Advertisement

Kreatifnya mak.

KREATIFNYA MAK. Mak cikla ni memang seorang yang tak boleh nak duduk diam. Ada je kerjanya. Lately, minat menanam bunga dan berkebunnya makin membuak-buak pulak. Yang kreatifnya, ada sebahagian dari pasu bunganya dibuat dari bahan-bahan terpakai. Tengok ajelah dalam gambar ni. Kreatifnya mak saya. Hihi.

Kreatifnya mak.

Kreatifnya mak.
Kreatifnya mak. Pasu daripada sabut kelapa.

Yang ni dibuat dari sabut kelapa. Duduk kampung mestilah senang nak cari buah kelapa tua kan. Kalau dalam gambar ni pasu sabut kelapa style gantung punya. 

Kreatifnya mak.
Kreatifnya mak. Bekas bunga dari botol minyak terpakai.

Kalau yang ni pulak, made from botol-botol minyak masak. Tak kiralah brand saji ke, aliff ke, knife ke, janji botol. Botol dipotong ikut kreativiti...... Nak cun lagi, cat arrr body nya. Memang menawan kalbu.... Hehehee.....

Kreatifnya mak.
Kreatifnya mak. Tayar kereta terpakai dijadikan tempat letak bunga. 

Tayar lama boleh jugak dijadikan sebagai pasu. Kira oklah tu, ia dapat menghapuskan tempat nyamuk aedes membiakkan dirinya sebab tayar kan boleh menakung air hujan. Nyamuk memang suka yang amat tempat camtu. So, kawasan jadi lebih bersih dan selamat. 

Kreatifnya mak.
Kreatifnya mak. Haaa kau, kettle air rosak pun boleh jadi pasu jugak. Kreatif tak kreatif mak den... Hihi... 

Kreatifnya mak.
Kreatifnya mak.

Hahaha.... kalau yang ni lagi kreatif. Kettle air pun boleh jadi jugak. Menarik kan??? Bekas plastik dengan botol plastik pun boleh guna jugak.

Kreatifnya mak.
Kreatifnya mak.

Yang ni pulak bekas tupperware terpakai dan botol minyak masak. Bahagian bawah bekas ditebuk lubang-lubang kecil supaya bila kita siram pokoknya nanti, air senang mengalir keluar.

Kreatifnya mak.
Kreatifnya mak.

Tengok tu, siap regen keluar duk kat halaman. Bila tengok-tengok, macam cantik je, macam comel je. Hehe. Kalau nak cantik lagi, korang spray or cat (kalau rajinlah) bekasnya. Lagi nampak menarik tertarik. Kau memang daaaboommm, (ehh, ternyanyi pulak, ngeeee)

Oklah, saja je cikla nak share dengan korang semua. Nanti cikla share cerita kebun bunga yang lain pulak. Manelah tau korang pun minat gardening, boleh try idea-idea kreatif seperti di atas. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Minat jugak dengan gardening ni cik la.. .. tapi semangat x de... sukanya tengok.. dah la kreatif mak cik la

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Cam nak kena gi menuntut ilmu dengan mak cikla je.. kreatif sungguh..

    ReplyDelete