'Santai Tapi Sampai'

23 June 2015

Go away perut buncit!

Perut buncit. Kalau orang perempuan memang fobialah kalau cakap pasal perut buncit ni. Kalau buncit sebab ada baby dalamnya, takpelah. Lepas 9 bulan dah kempis balik. Ye tak? Hehe. Tapi kalau lepas deliver pun maintain perut tu ke depan. 

Masalahlah pulak kan, kalau orang lelaki pulak yang cikla tengok, kebanyakannyalah (tak semua) kalau lepas kawin mesti 'perutnya maju ke depan' hahaha. Jangan marah ok abang-abang semua.  Hurmm, rasanya betul kot.

Jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mesti boleh settle punyalah. Haaaa. Inilah yang cikla nak share ni. 

Sebenarnya kita boleh mengatasi perut buncit ni dengan menggunakan sumber-sumber alami seperti fruits. Tak payah nak ambil ubat dan segala bagai. Bukan apa, takut lepas ni kita terlalu bergantung dengan ubat. 

Go away perut buncit!
Go away perut buncit! Kredit Google. 

Jom kita tengok apakah buah yang boleh kita ambil untuk menyahkan perut 'comel' ni. *Walaupun comel tapi mengundang masalah juga kan.

BUAH BETIK - Ada "Papain enzyme" yang boleh membantu mencerna protein. Bila ia dicerna dengan balik, takde gas dalam perut kita, so perut dapat kempis dengan cepat.

BUAH APRIKOT - mengandungi "lipase enzyme" yang membantu memecahkan lemak serta membantu  memindahkan makanan ke usus hingga mencegah terkumpulnya gas dalam perut. Kalau gas kurang, perut akan kempis dan rata.

JUS LEMON - sangat baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Selain itu, sudah tentu ia dapat mengempiskan dan meratakan perut. Minum jus lemon sejam sebelum sarapan kerana ia dapat mengatasi masalah sembelit.

HALIA - sangat baik sebagai agen untuk menyingkirkan angin dari badan bahkan ia digunakan sebagai bahan untuk meratakan perut. Ia boleh jugak dijadikan sebagai minuman dengan mencampurkannya dalam air teh kerana dipercayai dapat membuang angin dan melancarkan sistem percernaan kita. 

BUAH NENAS - kaya dengan "Bromelin enzyme" juga membantu proses pencernaan. Ia dapat mencegah gas dalam perut    sekaligus membersihkan perut. Tapi kena ingat, ibu lepas bersalin tak boleh makan buah ni.

Nah, senangkan? Tengok buahnya pun senang nak cari. Selamat mencuba. Jangan stress-stress, sebab semua masalah mesti ada penyelesaiannya. Apa yang penting kita kena cuba. Tak cuba tak tau kan. Betul tak?

Sumber tips dari Ruangan Dairi Doktor.  

No comments:

Post a Comment