Alhamdullilah, bulan Ramadan kembali lagi. Syukurlah sebab kita masih diberi peluang untuk menikmati kemanisan bulan yang penuh barokah ini. Ibu yang menyusukan anak juga tak ketinggalan.
Walaupun Islam memberikan kelonggaran untuk kaum ibu yang menyusukan ini untuk tak berpuasa (dengan bayar fidyah), tapi jangan risau sebab cikla nak share beberapa panduan untuk ibu-ibu semua kalau nak berpuasa.
Ada yang cakap kalau ibu berpuasa, ini menyebabkan ibu mengalami dehydration sebab biasanya kekerapan baby menyusu each 2-3 hours.
Tapi, selagi keadaan ibu dan baby sihat, it's ok. Just carry on aje. Cikla sendiri pun masih menyusukan baby Ammar.
Sebenarnya, yang paling penting apa si ibu makan masa berbuka dan bersahur adalah seimbang dan sihat di samping meminum air yang cukup.
Oklah, jom kita baca apakah panduan yang berguna khas untuk ibu-ibu yang gigih mahu berpuasa dan dalam masa yang sama tetap maintain menyusukan si kecil kita.
- Sebenarnya ibu memerlukan kalori tambahan sekitar 700 kalori/hari, iaitu 500 kalori dari food yang diambil ibu dan 200 kalori lagi diambil dari cadangan lemak dalam badan. Pertahankan pola pemakanan ibu iaitu dengan mengambil zat seimbang masa berbuka, bersahur, dan sebelum tidur. Makan sahur adalah yang paling penting sebab ia yang akan membekalkan tenaga sepanjang hari.
- Ambil air putih 2L di samping jus buah dan susu. Segelas susu yang diambil semasa sahur boleh kurangkan risiko anemia manakala minum segelas susu semasa berbuka akan merangsang kelancaran susu untuk ibu yang menyusu.
- Adatlah kan masa puasa kita akan rasa letih, lemah, lesu dan tak bermaya. Nak-nak pulak kalau kita baru lepas breastfeeding baby kita. Just relax atau take a nap sebab ibu kena tau semakin baby menghisap susu, susu akan menjadi semakin banyak. So, walaupun ibu berpuasa dan tetap rajin breastfeeding, don't worry susu akan tetap lancar. InsyaAllah.
- Pada waktu siang maybe susu yang dihasilkan kurang sikit. So, gunakan waktu malam sebaiknya dengan mengepam susu di samping menyusukan baby dengan kerap dan semaksima mungkin. Lagipun, susu perahan itu boleh digunakan pada siang hari semasa berpuasa.
Apa yang penting, jangan paksa diri. Kalau tak larat sangat berbuka jelah. Berbukalah dengan buah tamar untuk mendapatkan tenaga. Jangan stress dan bertenang je.
Sumber info dari Ruangan Untukmu Mama, Majalah Wanita Jun 2015.
No comments:
Post a Comment