Cerita ini adalah sekadar renungan. Tidak ada yang kena mengena sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Kisahnya begini:
Sebuah teksi berhenti di belakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.
Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ka? Soal saya memula bicara. "Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan macam-macam perasaan. Biarlah saya upah teksi."
Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.
"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita." Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.
"Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata.
Kata-katanya benar-benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunaikan permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya.
Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak-anak terjerumus dosa.
Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang Tuhan jadikan.

Jauh di sudut hati mereka mengharap anak-anak tempat bergantung di hari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa, yang teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat!
Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya. Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaanmu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!

Sedihkan kisahnya. Touching pulak membacanya.
Kasih seorang ayah... Sumber Google. |
Al-Fatihah kepada ibubapa kita samada yamg masih hidup atau telah meninggal dunia. Aamiin.
Sumber cerita dari Whatsapp Group.
No comments: