22 June 2015

Mendidik anak belajar berpuasa.

Puasa tak hari ni? Jangan puasa yangyok tau. Macam mana dengan anak korang pulak? Korang dah start ajar mereka berpuasa tak? Macam anak cikla, cikla ajar dia puasa tak sampai setengah hari je dulu. Itu pun sebab dia pergi tadika pukul 8 pagi. Then, balik tadika dah berbuka. 

Awal-awal puasa dulu memang dia bangun sahur. Tapi rasaanya 2 kali je kot. La ni tak bangun pun. Lagipun tadika dia time puasa memang tak diberi makanan. Kalau bagi pun sekadar biskut je. Kadang-kadang kesian jugak tengok budak-budak yang masih kecik tapi gigih nak belajar puasa.

Sebenarnya berapa agaknya umur yang tepat budak-budak boleh berpuasa? Bagi cikla setiap budak dia punya perkembangan berbeza dan tak sama. Tapi, kita sebagai ibubapa digalakkan memperkenalkan ibadah ini seawal mungkin. Tak salah pun. 

Rasanya seawal 3-5 tahun diaorang dah boleh faham sikit-sikit apa itu puasa maknanya tak boleh makan dan minum. Macam tu jugak dengan solat Terawih, berbuka dan bersahur. Kalau mereka asyik bertanya, janganlah marah sebab keadaan itu sesuai dengan tahap perkembangan kognitif diaorang. Adatlah kan. Budak-budak umur macam ni memang suka bertanya itu ini. Sampai ibunya tak terlayan-layan.

Kita boleh mengajar anak kita berpuasa secara berperingkat janganlah drastik sangat. Kang shock pulak budak tu. Hehe. Tahun pertama, kita ajar mereka berpuasa untuk jangka masa tertentu contohnya 3-4 jam. 

Lepas tu, kalau tengok dia ok je, up sikit masanya sampai setengah hari. Tahun kedua pulak, ajar untuk berpuasa penuh sehari tapi under pengawasan kita. Kalau tengah hari tu kita tengok dia macam letih je, bagilah sikit makanan pada dia lepas tu terus berpuasa sampai berbuka. 

Sebab, lama-lama dia akan terbiasa serta lebih kuat dan seterusnya berpuasa penuh.

Mendidik anak belajar berpuasa.
Mendidik anak belajar berpuasa. Kredit Google. 

Kalau anak kita tak boleh nak puasa penuh, jangan pulak patahkan semangatnya sebaliknya hargailah usaha dia dengan memberi pujian dan kata semangat sehingga dia boleh berpuasa penuh. Kadang-kadang psychology pun penting gak. 

Kalau perlu, bagilah ganjaran pada dia contohnya masakkan makanan kegemaran dia untuk berbuka nanti. Mesti dia lagi bersemangat nak berpuasa nanti. Masa bersahur pulak, kejutkan anak untuk bersahur sepanjang Ramadan. Berikan dia makanan yang seimbang supaya masa berpuasa siang nanti takdelah dia rasa letih sangat kan. 

Kita, sebagai ibu jugak kena tunjukkan kita kuat semasa berpuasa. Janganlah tunjukkan betapa 'deritanya' dan lemahnya kita masa berpuasa. Tunjuk yang puasa ni menyenangkan dan seronok. Selain itu, sebarang 'godaan' makanan jauhkanlah dari anak kita. 

Contohnya aiskrim, coklat dan lain-lain. Sebaiknya ajak dia melakukan akitiviti seperti membaca Al-Quran dan membaca buku untuk mengalihkan perhatiannya. Lagi satu, kalau anak tak kuat berpuasa atau bohong (maknanya bohong berpuasa) jangan marah. Sebaliknya nasihatilah dengan lembut dan explain dengan naik. 

Apa yang penting, jangan paksa anak kita berpuasa. Sentiasa pantau  kesihatan mereka. Kalau mereka nampak sakit dan tak kuat, suruhlah berbuka.

Sumber Dari Ruangan panduan ibu Muda (Majalah Wanita 2016)

No comments:

Post a Comment