Tips memakai MASKARA!

Ada orang suka menjadikan mata sebagai aset untuk menyerlahkan penampilan diri. Jadi, salah satu cara adalah pemakaian maskara selain daripada penggunaan eye liner. Tapi, cikla lebih suka menggunakan eye liner dari maskara. Hehe. 

Sebenarnya, cikla nak share beberapa tips macam mana nak mengaplikasikan maskara khusus untuk mereka yang gemar menggunakannya sebagai penambah seri wajah.

Jaga kebersihan alat solek. Bersihkan berus maskara dengan tisu sebelum digunakan untuk memastikan ia bersih dan tiada ketulan. Bersihkan mata dan pastikan ia kering sebelum memakai maskara supaya maskara melekat sempurna. 

Kalau bulu mata pendek, guna pelentik bulu mata sebelum dan selepas menggunakan maskara sebab ia akan beri kesan pelentikkan yang lebih sempurna.

Maskara asas/fiber disapu terutama pada bahagian akar/pangkal bulu mata untuk menebalkannya. Buat pergerakan zigzag dan biarkan ia kering. Then, sapu second layer maskara. 

Kalau nak mata nampak lebih besar, sapu maskara pada bulu mata bahagian bawah tapi bukan keseluruhan, hanya pada penghujung bulu mata.

Tips memakai MASKARA!
Tips memakai MASKARA! Sumber Google.

Bersihkan ketulan yang melekat pada bulu mata supaya tak comot dan pastikan maskara betul-betul kering. Kalau nak nampak lagi ummphh, sapukan maskara berwarna putih dari pangkal bulu mata dengan mengoles dari arah dalam ke luar bulu mata. 

Selepas itu, barulah guna maskara hitam dengan menggunakan cara yang sama. Tapi ingat, jangan guna eye liner sebelum pakai maskara.

Walaubagaimanapun, cikla nak ingatkan supaya JANGAN sesekali pakai maskara lebih daripada lima bulan sebab bakteria yang melekat pada bulu mata akan melekat pada berus maskara dan maybe akan beranak pinak dalam bekas tu. So, ini akan beri bad effect pada mata kita. Ingat tau!

Sumber : Tips Cantik (Majalah Wanita).

4 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews