Makanan yang buat kita tak bermaya.

Semua orang suka makan. Lagi-lagi kalau kat Malaysia ni. Macam-macam makanan ada. Sampaikan ada yang gelar Malaysia ni syurga makanan. 

Tapi, kita semua kena ingat ada sesetengah makanan yang boleh buat kita rasa letih dan tak bermaya, walaupun ia dah jadi favorite kita. 

Jom kita tengok apa kategori makanannya. Bukannya apa, boleh gak jadi panduan time kita nak amik makanan. Ok, check it out!

Makanan yang buat kita tak bermaya.
Makanan yang buat kita tak bermaya. Kredit Google. 

GARAM

Orang kata takde garam makanan jadi tawar, tak sedap dan tak best. Boleh nak letak garam tapi janganlah berlebihan. 

Bukan apa, kalau letak lebih, ia boleh membuatkan kulit muka kita jadi kering dan hilang seri muka. Muka jadi kusam dan tak bermaya. Jadi, berpada-padalah.

PEMANIS TIRUAN

Walaupun gula bagi kita tenaga kerana ia adalah salah satu daripada sumber karbohidrat, tapi kalau dimakan berlebihan akan mendatangkan mudarat. 

Pemanis tiruan memberi kesan lebih teruk daripada gula biasa kerana pengambilannya secara berlebihan akan menjadikan muka seakan-akan membengkak. 

Ada kajian menunjukkan, pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi pemanis tiruan mampu mengubah sistem semulajadi tubuh badan manusia. Selain itu, pemanis tiruan mengandungi aspartame yang boleh mengakibatkan sakit sendi dan ketagihan pada makanan manis. Eee, bahayakan?

MAKANAN BERGORENG 

Jaga-jaga ye, sebab rasanya yang sedap kita memang macam susah je nak tinggalkan makanan bergoreng. Lagilah, setiap hari mesti kita makan punyalah makanan yang digoreng walaupun satu menu. Selalunya, kalau kita suka makan makanan yang bergoreng kita akan cenderung berasa sakit perut dan tak sedap badan (mungkin kot). 

Sebab apa? Sebab makanan sebegini penuh dengan minyak dan lemak jadi ia akan membuatkan arteri kulit tersumbat dan keraskan sel darah sekitar wajah. Nah, kulit pun jadilah kusam dan letih. *sebenarnya cikla pun baru tau. Arghhh, favorite cikla ni. Lepas ni kena kurangkan.

MAKANAN PEDAS

Ala, ni pun tak boleh ke? Favorite cikla gak ni. Tapi kan, memang ada yang cakap makanan pedas elok untuk metabolisme tapi tak sesuai untuk kulit muka. Ia boleh buat kulit muka gatai dan jadi tak sekata. Lebih teruk lagi ia akan jadikan kita nampak sedikit tua dari usia sebenar. Ouchhh, taknaklah. 

Lagi satu, ia juga mampu buat kita susah tidoq sebab suhu badan meningkat dan badan berpeluh. Jadi, kita rasa tak selesa dan susah nak tidoq. Kesan lain pulak, ia mampu buat kita terkena gastrik, muntah, mual dan cirit birit kalau makan terlalu banyak. Wah, banyak kesan rupanya.

Sejujurnya, semua kesan ni cikla baru tau. Tu sebab cikla rasa penting untuk cikla sharekan kat sini. Lagipun kesihatan amat penting umpama permata yang berharga. Kalau dah sakit nanti tak guna nak menyesal kerana semua pilihan ada ditangan kita. 

Bak kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan, ingat sebelum kena.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews