Advertisement

Jangan Lupa Diri...

JANGAN LUPA DIRI... Tengah buat apa tu? Cikla ni tengah dok landing2 melayan kerenah dua beradik ni. Nak-nak pulak letrik takde. Lagilah bosan deme nih. Aduhh, cuaca kat luar nu leh tahan gak panasnya. Tapi, lagi belah barat macam mendung. Cewah.... dah macam pemberita kaji cuaca pulak cikla ni. Hehehe....

Sebenarnya cikla nak sembang cerita pasai lupa diri. Emmm, tak dinafikan ada sesetengah orang ni mudah lupa diri. Bila dah senang sikit, lupa diri. Bila kaya sikit, lupa diri. Bila tau sikit, lupa diri. Pendek kata, jika dia ada kelebihan skit dari orang lain mulalah nak lupa diri atau dengan kata lain... sombong.

Jangan Lupa Diri...
Jangan Lupa Diri... Gambar hiasan.

Jangan Lupa Diri...

Sikap lupa diri ni tak ke mana pun. Selagi kita bernyawa dan hidup di bumi Allah ni, pasti kita memerlukan orang lain untuk hidup dan melakukan sesetengah perkara. Kita tak kan boleh hidup sendirian macam katak di bawah tin(Hihihi.... pepatah baru ni).... 

Janganlah disebabkan kelebihan atau kesenangan yang Allah beri pada kita, kita cepat lupa. Lupa pada orang lain, dan tentunya lupa pada Allah yang memberi nikmat. Kan elok kalau kelebihan yang kita ada kita kongsikan dengan orang lain. Tak salah kan, tapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempat. 

Kalau kita tak lokek, tak berkira atau tak sombong mesti Allah akan melipatgandakan apa yang kita ada. Tak luak pun. Tapi kenalah ingat apa yang kita buat ni mestilah ikhlas. Sebab apa hasil yang kita dapat tentu lebih manis...

Kesimpulanannya, jangan lupa diri dalam apa jua nikmat yang Allah berikan. Sebaliknya, jadikan nikmat-nikmat ini sebagai jalan untuk kita mencari pahala dan perolehi rahmatNya. Bak kaya pepatah, kalau kita memandang ke langit, jangan lupa rumput yang dipijak.

Kalau kita berada di atas, jangan lupa orang lain yang berada di bawah.

Post a Comment

3 Comments

  1. Manusia mudah lupa...

    ReplyDelete
  2. Manusia mudah lupa bila diberi nikmat.... muhasabah diri

    ReplyDelete
  3. Mudah lupa adalah manusia

    ReplyDelete