Advertisement

Just Remind....

JUST REMIND... Good evening everyone. Cikla harap semuanya sihat. Setiap hari, bila kita bangun dari tidur, bersyukurlah... bersyukurlah.... bersyukurlah. Kita masih diberikan nikmat hidup dan bernafas pada hari ni. Kita masih diberi peluang untuk melihat alam ciptaan Allah ni. Dan yang paling penting, kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang telah kita buat.

Sebenarnya, cikla saje je nk update belog cikla ni. Walaupun ada orang kata, "Ala.. update hari2 pun bukan ada orang nak baca or komen pun..." Ahh, biaq pi la. Apa yang penting semuanya catatan hati cikla. Orang baca atau tak itu no 10.... ehehehee… Cikla menulis pun bukan nak harap orang baca or sanjung kita.

Ehemm... bila cikla dengar lagu disini ku bermula nyanyian aizat ni, memula bila pertama kali dengar lagu ni, cikla ingat lagunya tentang seseorang. Tapi, bila dah banyak kali dengar, rupanya lagu ni pasal nyamuk aedes. Kreatif sungguh komposernye. Makin lama dengar makin best lak. Anak-anak cikla pun bila dengar lagu nu kat tv, bukan main kusyuk la mendengarnya.

Just Remind....
Just Remind.... Gambar hiasan.

Just Remind....

Bercakap pasal nyamuk aedes, memang bahaya makhluk Allah ni. Sekarang ni pun kes demam denggi dah makin banyak. Kat kampung cikla stay ni pun ada dua kes demam denggi (yang cikla tau la). Patutlah ada orang dari pusat kesihatan datang nak buat semburan nyamuk.

Aedes ni bukan macam nyamuk biasa. Dia ni boleh dikategorikan sebagai pembunuh senyap. Dia kecik tapi merbahaya or berbahaya (yang mane satu betul ek?). Dia membiak pun bukan dalam air kotor tapi air bersih. Macam bekas bunga, tong-tong tadahan air dan yang terbaru yang cikla baca dalam takungan air hujan atas bumbung rumah tu pun boleh jadi tempat dia membiak.

Orang yang digigit nyamuk akan demam dan yang paling bahaya bila dah sampai tahap demam berdarah. Nauzubillah, memang bahaya sebab boleh membawa maut. Kalau nak tau lagi lebih banyak info pasal aedes, sebab, kesan dan cara elakkan/atasi just search kat google. Semua ada, ok!

Sebenarnya, semuanya boleh diatasi bila kita peka terhadap kebersihan/persekitaran rumah kita. Itu yang paling penting sebenarnya. Kalau kita sendiri yang tak atasinya, siapa lagi. Jangan sampai ada yang terkorban atau keadaan jadi lebih buruk, baru  kelam-kabut nak kemas itu ini.

Bak kata pepatah, cegah sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan. Ingatan ni untuk diri cikla jugak. Nanti kita sambung lagi. Got job to do! Biasalah full housewife le katakan.. hehe... Waallahualam....

Post a Comment

6 Comments

  1. Jaga2... jgn sampai dah parah baru nk bertindak...

    ReplyDelete
  2. Sentiasa prihatin... jaga kebersihan persekitaran umah. Buang semua bekas yg bertakung.

    ReplyDelete
  3. Just info:
    Tanda kita telah digigit nyamuk Aedes; Cirit-birit. Demam secara mengejut. Loya dan muntah-muntah. Ruam dan gatal-gatal. Sakit bahagian belakang biji mata. Sakit kepala yang teruk. Sakit otot dan sendi yang teruk. Sakit perut. Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah).

    ReplyDelete
  4. Salam cikla..kita dah follow cne..trima kasih sudi brkunjung..nyamuk aedes memang brbahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam.. tq dear sudi singgah n folo akk. Akk bdk baru blaja.. nk minta tunjuk ajar dlm berblog ni.. salam ukhwah ye.
      Daa... take care..

      Delete