Jika kita ditolak.

Ada yang sedih-sedih ke petang ni? Sedih sebab di tolak? Ala, janganlah sedih-sedih. Ceriakan hidup kita. Senyumlah selebar mungkin. Senyuman yang manis mungkin boleh sembunyikan kesedihan di hati kita. 

Tapi, sekurang-kurang nya kita cuba untuk happy untuk orang di sekelliling kita. Ingat, masih ada lagi orang yang sayang kita.

Oklah, sebenarnya cikla nak share cara kita nak atasi jika orang terutamanya kekasih reject kita. 

Oppsss, topik ni mungkin sensitif bagi sesetengah orang, tapi cikla rasa macam perlu cikla nak share tips ni. 

Kalau kita buat survey, mesti dalam ramai-ramai orang tu mesti ada yang pernah kecewa dalam perhubungan tak kira mengecewakan atau dikecewakan.

Straight to the point, jom kita tengok apakah tips-tips nye je anak-anak sekalian.

  1. Lelaki/perempuan baik tidak akan tinggalkan kita - Kalau si dia meninggalkan kamu atas sebab-sebab yang kamu sendiri tak pasti, dia memang bukan yang terbaik untuk kamu.  Hanya kamu yang tau kualiti diri kamu sendiri berbanding orang lain walaupun orang tu amat rapat dengan kamu. Kamu tak perlukan orang macam ni dan percayalah pasti ada seseorang yang terbaik untuk kamu. Buka hati dan minda. Ok?
  2. Buktikan pada dia, dia 'loser' - Oppss, macam agak ganas je perkataan ni. Tapi, hakikatnya begitulah. Mungkin masa kamu bersama dia, kamu terpaksa ikut rentak dia. Nah, sekarang kamu dah bebas. Tunjukkan kualiti dirimu walaupun tidak dengan dia, kamu masih boleh meneruskan hidup dan happy. Dalam diam dia sentiasa mengikuti perkembangan diri kamu walaupun kamu tak lagi bersama dengannya. Jeleslah tu.
  3. Bukalah hatimu - Jangan ingat dia terlalu bagus untuk kamu. Kamu jangan lupa masih ada lagi orang yang lebih bagus di sekeliling kamu. Jadi, buka hati untuk melihat dan jangan hanya berfikir negatif. Walaupun tiada manusia yang sempurna, tapi ingat masih ada lagi orang yang lebih baik dari dia. Ingat tu.
  4. Redhalah kerana dia bukan jodohmu - Orang kata cakap memang senang. Tapi, nak buat memang susah  Ye, itu memang cikla akui. Tapi, kamu mesti cuba. Sampai bila kamu nak bersedih sedangkan hidupmu mesti diteruskan. Maafkan kesalahan dia dan teruskan hidup seperti biasa. Lagipun tak guna berdendam lama-lama sebab takde untungnya pun. Soal jodoh Allah dah tetapkan. Apa yang penting banyakkan doa moga Allah memberikan kita jodoh yang baik dan tepat. Amin.

Walauapapun, semua pilihan ada di tangan kita. Sama ada kita mahu berfikir perkara itu, semuanya hak kita. 

Apa yang penting fikirkan yang terbaik untuk kita dan yang paling penting sentiasa bersangka baik dan yakin Allah telah mengatur yang terbaik untuk kita.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews